FINAS Akui Trailer Pulau Ada Adegan Keterlaluan Namun Kelulusan Di Bawah LPF

Sejak beberapa hari lalu, filem tempatan bergenre thriller seram, Pulau antara topik yang paling hangat diperkatakan di media sosial.

Bukan sahaja berdepan dakwaan meniru poster filem dari Amerika Syarikat, Fantasy Island yang dilancarkan pada 2020, Pulau sebelum ini sudah menerima kecaman hebat oleh pengguna media sosial kerana trailer yang disifatkan keterlaluan dan penuh dengan adegan panas serta lucah yang tidak wajar dipertontonkan.

Bahkan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed turut meminta pihak berwajib agar sekali lagi menapis filem tersebut sebelum ia menemui penonton pada Mac ini.

Baca artikel berkaitan:

Netizen Dakwa Filem Pulau Tiru Poster ‘Fantasy Island’

Adegan & Gaya Pakaian Mencolok Mata’ – PU Syed Mohon Pihak Berwajib Tapis Filem Pulau [Video]

Garis panduan dan penapisan di bawah LPF, bukan FINAS

Terbaharu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjelaskan mereka tidak bertanggungjawab untuk memberikan kelulusan kepada naskah tersebut.

Sebaliknya garis panduan bagi sebarang kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, pihaknya boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

“FINAS mengambil maklum berhubung isu video trailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini.

“Trailer yang tular memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

“Babak seperti ini tidak wajarnya dilakukan. Namun, kelulusan tayangan tertakluk di bawah LPF menerusi penguatkuasaan Akta 620, Akta Penapisan Filem 2002.

“Filem Pulau menerima kelulusan LPF pada September, tahun lalu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pulau dibarisi pelakon hebat seperti Alif Satar, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Tugasan menapis kandungan di bawah tiga Ahli Lembaga Penapis

Jelas Md Nasir, tugasan penapisan filem dilaksanakan tiga Ahli Lembaga Penapis dan keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga Penapisan.

“Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria ditetapkan tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

“Filem adalah salah satu platform terbaik dalam menyemai semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta bangsa.

“Namun, FINAS tidak menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak mengeluar dan menerbitkan karya seni sebagaimana termaktub dalam Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dan pematuhan kepada prosedur permohonan lesen penggambaran yang meliputi Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Lesen Pengeluaran Filem (PF) dan Lesen Pengedaran Filem (DF) serta mana-mana akta perundangan Kerajaan Malaysia yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

FINAS boleh batal lesen jika pemegang lesen disabit kesalahan seperti keburukan akhlak

Walau bagaimanapun, FINAS selaku badan dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6 (2).

“FINAS boleh membatalkan lesen jika pemegang lesen disabitkan kesalahan berkenaan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak.

“Sehubungan itu, FINAS menasihatkan agar penggiat seni lebih sensitif dan berhati-hati dalam penghasilan sesuatu karya kreatif dan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.

“Ia bagi mengelak timbul prasangka tidak baik atau kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai latar belakang budaya dan agama,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago