fbpx

Netizen Dakwa Filem Pulau Tiru Poster ‘Fantasy Island’

Perkongsian itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah ramai bersetuju kedua-dua artwork begitu mirip seolah-olah produksi tempatan tiada ilham dalam menghasilkan poster

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum reda dengan trailer yang disifatkan keterlaluan, filem tempatan bergenre thriller seram, Pulau yang bakal menemui penonton pada 9 Mac ini sekali lagi menjadi topik hangat pengguna media sosial.

Semua gara-gara poster filem terbitan WebTVAsia, dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu yang disifatkan meyamai poster filem dari Amerika Syarikat, Fantasy Island yang dilancarkan pada 2020.

Menerusi Twitter, penulis blog teknologi, Xavier Naxa berkongsi kepada orang ramai foto poster Fantasy Island untuk dibandingkan dengan poster Pulau yang dimuat naik akaun pawagam, GSC.

Perkongsian itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah ramai bersetuju kedua-dua artwork begitu mirip seolah-olah produksi tempatan tiada ilham dalam menghasilkan poster.

Bahkan ada segelintir yang mula membandingkan hasil kualiti produk tempatan dengan negara jiran, Indonesia yang dilihat semakin maju ke hadapan.

Terdahulu trailer filem Pulau dikritik hebat kerana mengandungi babak-babak seksual selain penampilan pelakonnya yang agak terdedah.

Malah ada yang mempertikaikan pengambilan DJ dan juga bekas pelakon dewa, Ms Puiyi yang menurut mereka hanyalah untuk melariskan naskah.

Sebagai rekod, Pulau turut menampilkan barisan-barisan pelakon hebat seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Harris Anuar, Sabronzo dan ramai lagi.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.