“Korang Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fatiya Latiff Bagi Amaran Kepada Netizen [Video]
Menurut pelakon wanita itu, sekiranya dia melakukan perbuatan dilarang, netizen yang akan masuk nereka kerana sering mendesaknya sehingga melakukan perbuatan seperti itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini pelakon wanita, Fatiya Latiff telah bertindak memperingatkan netizen agar tidak melakukan sesuatu perkara sehingga membuatkannya mengambil keputusan untuk keluar daripada agama.
Difahamkan aktres wanita itu berkata demikian dalam satu video selepas dia sering kali menerima komen atau kritikan yang melampau daripada orang ramai di media sosial.
Tak dedah apa punca beri amaran keluar agama kepada netizen
Namun Fatiya dalam video berkenaan tidak mendedahkan apakah punca yang membuatkan dia mengeluarkan kata-kata seperti itu.
“Satu benda saja aku nak cakap dekat korang, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang tau. Apa yang korang buat dekat aku ni.
“Aku minum arak, pakai seluar pendek ke aku jadi kafir sebab bengang dengan korang. Aku tak berdosa.
“Korang yang akan masuk neraka, sebab korang yang desak-desak aku. Haa jangan sampai korang beribadah seratus tahun pun tak guna tau. Sebab korang dah buat seorang saudara atau saudari jadi macam ni.
“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tetapi manusia belum tentu dapat maafkan,” katanya dalam video berkenaan.