fbpx
Now Reading
Seller Kereta Sediakan Barang Untuk Upacara ‘Blessing’ Raih Pelbagai Reaksi

Seller Kereta Sediakan Barang Untuk Upacara ‘Blessing’ Raih Pelbagai Reaksi

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi di mana ada yang meminta agar perbuatan tersebut tidak dilakukan kerana ia syirik di dalam Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang menjual kereta telah menyediakan beberapa barangan upacara ‘blessing’ untuk pelanggannya.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menyediakan sebiji buah kelapa dan beberapa biji limau purut di dalam satu dulang.

Dulang itu kemudiannya dibawa kepada pelanggan yang berbangsa India untuk menjalankan upacara tersebut di luar pusat jualan kereta jenama tempatan berkenaan.

Dalam video sama, seorang wanita kemudiannya telah mengambil buah limau berkenaan dan meletakkannya di bawah empat biji tayar kereta sebelum kelapa dipecahkan.

Video tersebut mendapat pujian pengguna TikTok kerana perbuataannya disifatkan sebagai menghormati budaya dan agama kaum lain.

Tindakan wanita bantu upacara ‘blessing’ raih pelbagai reaksi

Video memaparkan upacara itu turut menjadi sohor di X (Twitter) dan mendapat perhatian pengguna apabila ada yang memuji tindakannya kerana menghormati adat dan budaya agama lain.

Namun tidak kurang juga ada yang menyelar tindakan tersebut kerana berpendapat ia perbuatan berdosa di sisi Islam kerana mensyirikkan Allah SWT.

Malah ada juga yang berpendapat mereka sememangnya bersetuju dengan penghormatan yang diberikan untuk upacara tersebut namun ia tidak sesuai dilakukan seorang muslim membabitkan dosa yang tidak diampunkan.

Bukan hanya itu, terdapat juga netizen yang meminta orang ramai yang mengenali wanita berkenaan untuk menegurnya dan bertaubat dengan segera.

Netizen minta perkara tersebut tidak dinormalisasikan kerana syirik

Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Zac Zakirin juga meminta agar perkara itu tidak dinormalisasikan.

“Tolong jangan normalisasikan perkara ini. Ini contoh membantu perbuatan syirik dan ia adalah berdosa besar.

“Besarnya dosa syirik lagi besar dari dosa orang berzina, dan semoga bertaubat dari membantu perbuatan syirik. Semoga Allah ampunkan dosa Puan (seller) jika tidak tahu,” jelasnya.

Ada juga yang meminta pihak seperti mufti atau Jabatan Agama Islam untuk menegur perkara tersebut.

“Astaghfirullahalazim, ada batas benda-benda ni. Susah orang yang faham ikut logik akal”

“Betul, hanya kerana nak ambil hati pembeli, boleh dia buat kerja macam ni. Mufti atau pihak Jabatan Agama Islam kena tegur”

Antara perbuatan yang mensyirikkan Allah SWT disenaraikan Mufti Wilayah Persekuatan adalah:

  • Syirik Istiqlal: Menetapkan ada dua tuhan atau lebih contohnya akidah Majusi seperti Hormazd dan Yazdan (Ahura Mazdan dan Aingra Mianyu).
  • Syirik Tab’id: Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum (perseorangan atau berkumpulan) seperti Triniti agama Kristian.
  • Syirik Taqrib: Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Syirik Taqlid: Beribadah kepada Allah SWT kerana mengikut orang lain.
  • Syirik Asbab: Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
  • Syirik Aghrad: Beramal kerana selain daripada Allah SWT.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.