Hidayah Balu Abam Minta Ali Puteh Bayar Tuntutan RM60K Tanpa Ansuran

Pada 10 Februari lalu, tular satu video dimuat naik oleh balu kepada arwah Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah yang kecewa semasa berkunjung ke rumah arwah suami selepas tiga tahun meninggalkan rumah berkenaan.

Menurut Hidayah, ketika berkunjung ke rumah tersebut tidak ada seorang pun yang keluar dari kediaman itu apabila dia memberi salam walaupun kelihatan kereta dan motosikal di perkarangan rumah.

Kunjungan Hidayah yang ditemani peguamnya itu juga difahamkan adalah untuk memberi notis 21 hari kepada adik iparnya, Ali Puteh selepas gagal menjelaskan tuntutan RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti yang diperintahkan mahkamah.

Untuk rekod, sebelum ini media ada melaporkan bahawa Ali memaklumkan dia akan menjelaskan bayaran itu secara ansuran dan proses pembayaran masih dalam perbincangan bersama dengan peguamnya dan peguam Hidayah.

Baca artikel berkaitan: Hidayah Abam Sedih, Datang Ke Rumah Tapi Salam Tidak Bersahut, Minta Ali Puteh Bayar RM60,000 [Video]

Hidayah minta Ali Puteh segera bayar RM60K tanpa ansuran

Terbaharu, Siti Norhidayah atau dikenali sebagai Hidayah meminta pelawak, Ali Puteh untuk membuat pembayaran tuntuan RM60,000 dengan segera tanpa kaedah ansuran.

Jelas Hidayah, dia tidak bersetuju jika pihak sana (Ali) ingin membuat pembayaran tuntutan itu secara ansuran disebabkan telah memberi tempoh masa yang lama kepada Ali.

Hidayah ingin fokus kehidupan bersama anak dan perniagaan

Dia kini mahu fokus kepada kehidupan bersama anaknya dengan arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah dan juga perniagaan yang sedang dibangunkan.

“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini.

“Hal Ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” jelas Hidayah kepada Harian Metro.

Peguam tak terima sebarang surat dari pihak Ali

Ketika ditanya adakah pihaknya telah dimaklumkan berhubung Ali ingin membuat bayaran secara ansuran, Hidayah menjawab peguamnya tidak mendapat apa-apa surat seperti yang diberitahu oleh pihak Ali.

Untuk maklumat pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Ali serta tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada balu arwah Abam selepas mengeluarkan kata-kata yang telah mengaibkan Hidayah menerusi Instagram.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

15 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

49 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago