https://www.tiktok.com/@pinn_yang/video/7199147717254286619 Rezeki Tak Salah Alamat, Rider Grab Kumpul Duit Kahwin Terima ‘Tip’ RM500 Dari Pelanggan [Video] | BuzzKini

Rezeki Tak Salah Alamat, Rider Grab Kumpul Duit Kahwin Terima ‘Tip’ RM500 Dari Pelanggan [Video]

Menjadi seorang penghantar makanan bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah, pelbagai cabaran dan karenah pelanggan mahupun vendor yang harus dihadapi oleh mereka.

Namun, dalam keadaan ekonomi tak menentu dan bebanan komitmen yang kian meningkat, kebanyakan rider terpaksa cekal meneruskan pekerjaan tersebut demi mencapai matlamat yang dinginkan.

Penghantar makanan Grab terima ‘tip’ besar daripada pelanggan

Baru-baru ini, satu video tular di media sosial apabila seorang rider telah mendapat tips dengan jumlah yang besar daripada seorang pelanggan ketika dia menghantar makanan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @pinn_yang, pelanggan terbabit memegang dua keping kertas di tangannya ketika penghantar makanan itu tiba di rumahnya.

Seperti kebiasaan trend yang dilakukan di TikTok, pelanggan terbabit menyuruh rider tersebut memilih salah satu kertas yang tertera tulisan RM100 dan RM500.

“Abang ada main TikTok tak? Pernah tengok ini (trend) tak? Okay you choose your tip,” kata pelanggan itu.

Pelanggan ingin beri rider tips yang banyak

Lebih mengharukan, ketika rider tersebut ingin memilih kertas bertulis RM100, pelanggan terbabit seakan memberi bayangan untuk penghantar makanan itu memilih kertas yang lain.

Rider yang menghantar makanan sambil membawa kekasihnya itu kemudian meminta teman wanitanya pula untuk memilih kertas tersebut.

Dalam video sama, mereka berdua kelihatan terkejut apabila teman wanita penghantar makanan tersebut memilih kertas yang tertera tulisan RM500.

Rider buat ‘food delivery’ secara sepenuh masa dan ingin kumpul duit kahwin

Difahamkan, rider yang dikenali sebagai Danish itu bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa dan sedang mengumpul duit untuk berkahwin.

“Fulltime GrabFood, I nak kahwin. Cari duit kahwin,” katanya ketika disoal oleh pelanggan tersebut.

Netizen puji kebaikan pelanggan terbabit dan doakan urusan rider dimudahkan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji kebaikan pelanggan terbabit kerana ikhlas memberi duit tips berjumlah besar kepada rider tersebut.

Selain itu, mereka turut mendoakan agar urusan perkahwinan kedua-dua pasangan itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

13 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago