Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman, Bekas Pemain Badminton Guang Yik Tampil Mohon Maaf [Video]

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang individu yang juga merupakan bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2014 telah mengeluarkan kenyataan rasis berunsurkan perkauman.

Menerusi video tersebut, individu yang dikenali sebagai Bong Guang Yik menyatakan sebab pengurusan BAM kurang baik kerana ia diurus oleh orang Melayu selain turut mengaitkannya dengan solat lima waktu yang dikerjakan umat Islam.

Isu tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengecam tindakan individu itu menerusi bebenang di Twitter miliknya.

“Saya ulangi pendirian – sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing.”

Bekas pemain badminton, Guang Yik tampil mohon maaf

Terbaharu, Guang Yik menerusi satu lagi video yang dimuat naik di media sosial telah tampil memohon maaf atas kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan dalam rakaman sebelum ini.

Memetik laporan Sinar Daily, dia berasa terdorong untuk berkongsi pendapat berhubung keadaan semasa badminton di Malaysia dan mengakui tidak sepatutnya mengaitkan perkara tersebut dengan isu perkauman dan agama.

“Saya mahu memohon maaf kepada semua. Antara sebab saya memberikan komen itu kerana saya sangat meminati sukan tersebut.

“Saya merasakan saya mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan sukan berkenaan dan industri sukan itu untuk manfaat semua.

“Sebab itu saya katakan setiap pengurusan perlu berada ditahap yang baik,” jelasnya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan pada 13 Februari lalu.

Akui komen diberikan tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu perkauman

Namun, dia mengakui dirinya tidak sepatutnya menyentuh tentang isu perkauman.

“Oleh itu, saya sekali lagi memohon maaf,” ujarnya.

Meskipun telah meminta maaf, namun bekas pemain badminton tersebut tetap menerima beberapa kecaman menerusi media sosial di mana segelintir netizen masih menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan tersebut.

“Maaf tak diterima!”

“Senang selesai”

“Senangnya minta maaf… kerajaan harus ambil tindakan tegas perkara ini.”

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago