Hafidz Roshdi Cerai Isteri Talak Satu Melalui Telefon Di Hadapan Keluarga

Baru-baru ini pelakon, Hafidz Roshdi disahkan sudah bercerai talak satu bersama isterinya, Nurul Shuhada pada 23 Februari.

Menurut BH Online, berita penceraian pelakon berusia 29 tahun itu diberitahu oleh adik iparnya, yang hanya ingin dikenali sebagai Sofia.

Cerai melalui telefon di hadapan keluarga

Jelas wanita itu, pelakon tersebut telah menceraikan Nurul Shuhada, 29, melalui panggilan telefon dan sedang menunggu tarikh bagi perbicaraan di mahkamah.

“Ya betul, Hafidz dan Shu (Nurul Shuhada) bercerai talak satu melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

“Sekarang, Shu masih berbincang dengan peguam untuk proses tuntutan dan sebagainya.

“Mungkin akan dapat tarikh perbicaraan, minggu depan,” ujarnya ketika dihubungi media semalam (23 Februari).

Pasangan itu berdepan konflik rumah tangga sejak tahun lalu

Dakwanya lagi, konflik rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak kehadiran seorang wanita yang dipercayai menjadi orang ketiga iaitu Athira Yuhada.

Dia turut mengesahkan bahawa mereka berdua juga sudah tidak sebumbung sejak minggu ini.

“Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.

“Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali.

“Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah,” jelasnya.

Jadi bualan lepas isteri dedah Hafidz ada hubungan dengan orang ketiga

Sebelum ini, konflik hubungan rumah tangga selebriti itu mula menjadi bualan ramai selepas Nurul Shuhada membuat pendedahan pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain sehingga muncul nama Athira Yuhada.

Wanita terbabit kemudian dikatakan mengaku Hafidz cuba mendekatinya sejak sembilan tahun yang lepas.

Dia bagaimanapun, tampil mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada isteri pelakon terbabit kerana telah menganggu rumah tangga mereka.

Membalas kepada perkara itu, Nurul Shuhada menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa dia boleh memaafkan tetapi tidak akan melupakannya.

Untuk makluman, hasil perkahwinan Hafidz dan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 mereka dikurniakan dua orang anak bernama Humairah, 6, serta Umar, 2.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

32 mins ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

60 mins ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

3 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

4 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

5 hours ago