“Tiada Tanda Atau Bayangan” – Fadzil Zahari Dedah Keluarga Terkejut Isu Kemelut Rumah Tangga Farid Kamil

Pada minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon filem Imaginur, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil Zahari.

Walau bagaimanapun, ketika permohonan itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Selangor pada 20 Mac lepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap pelakon wanita berkenaan.

Mereka kemudian diminta untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan permohonan akan dilakukan pada hari ini (28 Mac).

Baca artikel berkaitan: Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Kerana Shiqaq, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak

Doa agar Farid & Diana mencapai kata sepakat selesaikan kemelut rumah tangga

Terbaharu, Fadzil Zahari iaitu adik kepada Farid Kamil berdoa agar pasangan tersebut dapat mencapai kata sepakat memandangkan mereka bakal memulakan proses JKP.

Bahkan dia berharap agar kedua mereka menemui jalan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dengan cara yang baik.

“Saya berdoa mereka capai kata sepakat dan kata putus terbaik.

“Kita tak boleh dengar antara dua pihak sahaja, kita kena pertimbangkan keadaan anak-anak juga. Jadi, apa sahaja keputusan, harus ambil kira semua perkara,” ulasnya dipetik Berita Harian.

Terkejut lepas tahu laporan mengenai kemelut rumah tangga abang

Fadzil juga turut menyatakan bahawa mereka juga terkejut sejurus mengetahui laporan media berhubung masalah yang melanda pasangan terbabit.

“Kami baca berita itu pun, kami terkejut. Jadi, kita hendak tanya tuan badan. Kita pun tidak tahu macam mana.

“Usahkan orang ramai terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun sama. Sebab tiada apa-apa tanda atau bayangan.

“Jadi kami sampaikan kepada emak sahaja yang menghubungi Kamil (Farid) agar dia bersabar dan tabah.. Kami sentiasa doakan dia,” maklumnya lagi.

Beri sokongan dan kata positif kepada Farid Kamil

Katanya lagi, kali terakhir dia berjumpa abangnya itu adalah sekitar sebulan yang lepas dan menyatakan mereka memberikan sokongan dan kata-kata positif kepada Farid.

“Pada pertemuan itu, kami sembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia. Seperti baru-baru ini, dia cakap dia rindu anak-anak. Sebagai adik, saya dan Yana beri kata-kata positif agar dia bersabar,” ucapnya.

Dalam pada itu, aktres Yana Samsudin juga turut mendoakan yang terbaik buat pasangan itu selain turut memberi kata positif.

“Dalam kumpulan WhatsApp keluarga pun, kami beri kata-kata positif. Malah, kami tidak sebut pun mengenai perkara itu.

“Apabila orang itu minta nasihat, baru kita cakap, kalau tidak, kita pun tidak mahu memandai-mandai. Jadi, kita sebagai keluarga, jadi sistem sokongan, kami harus beri perkara positif.”

Terdahulu, nama Farid Kamil menjadi hangat selepas pengarah terkenal, Syamsul Yusof menyatakan akan membawa aktor tersebut ke mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran menerusi media sosialnya.

Menerusi hantaran itu, Farid mendakwa individu yang tidak disebutkan nama pernah memukul seorang wanita bernama ‘Diana’ pada tahun 2005 dan dipercayai nama wanita disebutkan itu merujuk kepada isterinya.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago