fbpx
Now Reading
Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Kerana Shiqaq, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak
Farid kamil enggan lafaz cerai Diana Danielle

Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Kerana Shiqaq, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak

Diana Danielle memfailkan permohonan cerai itu pada awal Mac lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Industri hiburan hari ini digemparkan dengan berita pelakon wanita terkenal, Diana Danielle yang telah memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, pelakon Farid Kamil Zahari.

Permohonan cerai itu dilakukan oleh aktres wanita yang berusia 32 tahun itu pada awal Mac lalu kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Farid Kamil tidak mahu menceraikan Diana Danielle

Memetik Utusan, permohonan itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Selangor pada pagi tadi (20 Mac).

Farid, 42, yang juga seorang pengarah bagaimanapun tidak mahu melafazkan cerai kepada isterinya itu. Malah difahamkan pasangan terbabit sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Hakim minta pasangan jalani proses JKP

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah meminta agar kedua-dua mereka untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sebutan permohonan penceraian itu kemudiannya ditetapkan semula pada 28 Mac akan datang.

Untuk makluman pasangan ini, telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad berusia 10 tahun serta Aurora berusia 8 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.