fbpx
Now Reading
Peguam Sahkan Diana Tolak Tawaran Perdamaian Bernilai RM319,700 Farid Kamil – “Dia Mahu Dilepaskan..”
Diana danielle tolak tawaran perdamaian Farid Kamil

Peguam Sahkan Diana Tolak Tawaran Perdamaian Bernilai RM319,700 Farid Kamil – “Dia Mahu Dilepaskan..”

Menurut Akberdin iaitu peguam yang mewakili Diana, aktres berkenaan tidak mahu membuat sebarang tuntutan kepada Farid Kamil kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan dengan cara yang baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam aktor, Farid Kamil telah menawarkan RM319,700 kepada isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle sebagai jalan untuk perdamaian bagi mengakhiri kemelut yang sedang melanda rumah tangga mereka.

Tawaran tersebut terdiri daripada sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berharga RM225,000, barang kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah pada Mac-Jun berjumlag RM40,000 dan juga bayaran balik umrah bernilai RM44,000.

Perkara itu dikemukakan oleh aktor filem Anwar: The Untold Story ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding sulh, semalam (11 April).

Baca artikel berkaitan: Mahu Selamatkan Hubungan, Farid Kamil Tawar Vellfire, Barang Kemas & Wang Tunai Pada Diana Danielle

Diana tolak tawaran perdamaian dikemuka Farid Kamil

Susulan daripada penawaran tersebut, Diana Danielle telah bertindak untuk menolak tawaran yang dikemukakan oleh suaminya.

Bahkan aktres berkenaan enggan membuat sebarang tuntutan dari suaminya kecuali hak penjagaan anak serta ingin diceraikan secara baik.

Benarkan anak-anak dibawa pulang ke Kedah untuk sambut Hari Raya

Peguam yang mewakili pelakon wanita itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan Diana hanya ingin masalah rumah tangganya selesai dengan cara yang baik selain turut memberitahu anak-anak dibenarkan untuk dibawa pulang oleh Farid bagi meraikan Hari Raya di Sungai Petani pada minggu depan.

“Diana tidak mahu tuntut apa-apa pun kecuali hak jagaan anak-anak. Dia mahu dilepaskan dengan cara baik demi kebaikan anak-anak.

“Mereka akan kekal sebagai kawan dan Farid dibenarkan jumpa anak-anak. Malah, Farid boleh bawa anak-anak pulang sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah,” ujarnya dipetik BH Online.

Nekad nak akhiri bahtera perkahwinan yang dibina

Jelas peguam berkenaan, Diana nekad dengan keputusannya untuk bercerai dengan suaminya.

“Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk cuti Hari Raya ini. Diana beritahu tiada masalah.

“Jadi, sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak serta sambutan Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah selama beberapa hari.

“Diana tidak akan beraya dengan anak-anak pada awal Syawal. Diana bersetuju untuk bercerai selepas itu dan dia tidak mahu kembali hidup semula.

“Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman malam tadi (10 April),” jelasnya.

Diana terkejut sebaik mengatahui tawaran perdamaian yang dikemuka Farid

Maklum peguam itu, anak guamnya terkejut apabila mengetahui tentang tawaran perdamaian yang dikemukakan dan dibaca melalui media sosial.

“Diana tidak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tidak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak.

“Dia mahu bercerai cara baik. Diana juga tidak ada masalah jika Farid mahu berjumpa anak-anak,” beritahu peguam Diana itu lagi.

Menjelaskan tentang ketiadaan Diana semasa proses sulh di Mahkamah semalam (11 April), peguam itu menyatakan pihaknya telah memaklumkan hal tersebut kepada peguam yang mewakili Farid

“Sulh bukan proses mandatori, kalau proses mahkamah, memang kami kena hadir. Sulh adalah perbincangan.

“Saya sudah berhubung dengan peguam Farid dan kami berbincang mengenai terma. Saya uruskan perkara itu bersama peguamnya.

“Semalam saya sudah maklumkan kepada Fakhrul bahawa anak guam saya tidak hadir. Saya sudah beritahu terma-terma untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

“Tetapi saya tidak boleh memaklumkan terma-terma itu buat masa ini. Kita akan susuli dengan draf perjanjian sama ada petang ini (11 April) atau esok (12 April),” ujarnya.

30 Mei prosiding penjagaan anak & keputusan JKP

Ulas peguam Diana itu lagi, pihaknya mahu menyelesaikan semua urusan anak guamnya termasuk dengan nafkah dua cahaya mata pasangan ini iaitu Muhammad, 10, dan juga Nur Aurora, 8.

Prosiding bagi penjagaan anak di Mahkmah Tinggi Syariah Shah Alam akan dilakukan pada 30 Mei depan pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang pula akan diikuti dengan prosiding laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.