13 Mac yang lalu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor telah memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistina Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Baca artikel berkaitan: Tak Mengaku Pukul Isteri, Mahkamah Perintah Hafidz Roshid Dihantar Ke Hospital Bahagia
Terbaharu Hafidz difahamkan sudah ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri seperti yang diarahkan mahkamah.
Perkara itu disahkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon lelaki berusia 29 tahun itu selepas dihubungi Harian Metro.
Menurut Akberdin, aktor itu sudah pun ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan, namun setakat ini belum ada apa-apa keputusan dikeluarkan.
“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam (29 Mac) bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.
Tambah Akberdin, Hafidz juga tidak dihalang dan boleh berjumpa anak-anaknya sepanjang menjalani rawatan.
Sebagai rekod, Hafidz sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Shuhada memfailkan permohonan cerai terhadap Hafidz di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…
Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…
Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…