Setiap orang yang sudah berkerjaya pasti mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai keseimbangan kehidupan semasa bekerja atau lebih mudah dipanggil sebagai ‘work-life balance’.
Malah ada yang merasakan work-life balance merupakan sesuatu yang sangat penting buat seseorang pekerja kerana perkara ini bukan hanya berkait kepada jaminan kesihatan sebaliknya menjadikan individu berkenaan lebih bermotivasi.
Bukan hanya itu mereka juga dapat bekerja dalam persekitaran yang baik dan tenang.
Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat work-life balance tidak penting dan usaha keras adalah penentu hala tuju dalam mendapatkan semua yang diimpikan.
Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Janna Nick telah berkongsikan pandangannya mengenai work life balance di dalam karier seninya.
Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu temubual bersama pelakon Amelia Henderson di dalam podcast Studio Sembang yang disiarkan baru-baru ini di YouTube.
Menerusi temubual tersebut Janna Nick menceritakan tentang kerjayanya sepanjang berada di dalam industri dan sebagai seorang majikan.
Pada minit ke-54 di dalam video tersebut Janna berkata dia sedar kebanyakan generasi kini mahukan work-life balance namun dia hanya dapat memiliki semua itu ketika berusia 28 tahun.
“Saya selalu perasan yang generasi kini mereka mahukan work-life balance (ketawa).
“Maaf ya aku mempunyai work-life balance selepas sudah berumur 28 tahun, selepas mempunyai rumah dan kereta,” ujarnya
Kata pelakon dan juga pengacara itu, dia tidak menyatakan tentang semua ini untuk berlagak sebaliknya hanya mahu memaklumkan dia berpeluang untuk berehat selepas berusaha keras untuk mendapatkan semua itu dalam kehidupannya.
“Kalau matlamat pertama pun awak masih belum capai, awak jangan pernah berfikir untuk memiliki work-life balance, kecuali dilahirkan dalam keluarga yang kaya,” katanya.
Walau bagaimanapun, kenyataan Janna mengenai work-life balance yang turut disertai dengan ketawanya telah mendapat kecaman dari orang ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.
Ada juga yang menyatakan tidak semua orang mempunyai matlamat yang sama di dalam kehidupan dan seseorang yang menginginkan work-life balance dalam kehidupan bukanlah kerana malas.
Sementara itu, konten tersebut turut tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna aplikasi tersebut apabila ada yang tidak kisah jika tidak mempunyai work-life balance dan ada juga sebaliknya.
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…
Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…