Industri hiburan sebelum ini digemparkan dengan isu pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Kemelut rumah tangga mereka kemudian dibawa ke mahkamah agar ia dapat diselesaikan selepas Nurul Shuhada mendakwa dia telah diceraikan talak satu menerusi panggilan telefon.
Baca artikel berkaitan: Hafidz Roshdi Cerai Isteri Talak Satu Melalui Telefon Di Hadapan Keluarga
Terbaharu, Nurul Shuhada mengesahkan dirinya kini sedang hamil selama 10 minggu dan mengalirkan air mata ketika menceritakan hal tersebut kepada mahkamah.
Dia yang tampil membuat pendedahan berkenaan menerusi hantaran di Instagram turut mengakui dirinya sedang mendapatkan rawatan bagi masalah tekanan dan depresi yang sedang dialami.
Menerusi hantaran tersebut dia yang mesra dipanggil Shu itu meluahkan sebagai seorang ibu dia cuba menjadi kuat dalam berdepan dengan masalah yang sedang melanda namun ada waktunya kekuatan itu seperti sukar untuk dimiliki.
“Semalam waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak saya, saya tak mampu tahan hati. Air mata mengalir tak henti waktu saya ceritakan pada mahkamah yang saya tengah mengandung 10 minggu.
“Saya dah cuba kuat. Tapi saya perlukan kekuatan dari sekeliling. Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dialami. Saya akan usaha sepenuh hati, saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk bayi,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menurut Shu halangan terbesar yang dihadapi ketika ini adalah disebabkan usia kandungan yang masih awal dia tidak dapat mengambil ubat untuk mengurangkan tekanan kerana bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.
Luahnya ia bukanlah perkara yang mudah untuk berjuang mengatasi masalah tekanan itu tanpa ubat, namun harus digagahi jua demi anak-anak tercinta.
Malah Shu turut menyuarakan kebimbangan adakah dia mampu menempuh dugaan yang mendatang.
“Saya nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Saya kena kuat sebab nak lihat anak-anak membesar depan mata saya dan sama-sama kita susah senang.
“Hari ini seharian saya menangis. Tadi dekat hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tidak henti mengalir.
“Apa yang berlaku ini, saya terima. Walaupun payah nak ditelan. Walau saya dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan terpaksa hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada.”
Jelasnya pada mulanya dia berasa kesunyiaan sehingga kecewa namun terlupa Allah SWT terlalu menyayanginya dan berikan keluarga dan rakan yang bersama-sama dengannya ketika menempuh dugaan ini.
Malah dia turut mendapat banyak sokongan dan kekuatan dari orang ramai untuk membantunya terus bangkit berdiri di atas kaki sendiri, bahkan mereka juga turut mendoakannya.
“Terima kasih Allah SWT, terima kasih semua. Tak dapat saya balas budi semua selain terus maju kedepan tanpa toleh belakang lagi.
Baca artikel berkaitan:
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…