Mahu Bela Nasib Rakyat, Baby Shima Tak Jadi Bertanding PRN [Video]

Sebelum ini, Baby Shima telah mengumumkan kepada orang ramai bahawa dia bakal bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi kontroversi itu menerusi satu muat naik video di Instagram miliknya.

Meskipun tidak memaklumkan di mana Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandinginya selain menyatakan objektifnya bertanding pada PRN kerana mahu membela nasib rakyat.

Baca artikel berkaitan: PRN: Baby Shima Dedah Bakal Bertanding Jadi Calon Bebas

Baby Shima umum tak jadi bertanding PRN

Namun baru-baru ini, penyanyi itu sekali lagi muncul di dalam Intagram miliknya memaklumkan dia tidak jadi bertanding pada PRN kali ini.

Menerusi video tersebut, Baby Shima awalnya memaklumkan kepada Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) bahawa dia bakal bertanding pada PRN.

KJ cadangkan Baby Shima bertanding di Kelantan

Dia kemudian bertanya kepada KJ kawasan manakah yang sesuai untuk ditandinginya.

“YB (Yang Berhormat) rasakan DUN mana yang sesuai untuk Shima?” soalnya. KJ kemudian menjawab dia merasakan Kelantan adalah negeri yang sesuai buat penyanyi itu.

Sejurus sahaja pertanyaan itu dijawab keadaan menjadi sunyi seketika dan kelihatan wajah Baby Shima seperti terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh mantan Menteri Kesihatan itu.

Dia kemudian menyatakan jika begitu dia tidak jadi untuk bertanding.

“Alamak! kalau macam tu, maaf ya YB KJ shima tak jadilah nak bertanding,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ramai beri semangat untuk Baby Shima bertanding

Menjengah ke ruang komen, Shima turut memaklumkan kepada pengikut bahawa dia tidak jadi untuk bertanding apabila ada yang memberikannya semangat untuk tidak cepat mengalah nak meneruskan niatnya.

Tidak kurang juga ada yang terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

“Memang pandai berlawaklah KJ ni”

“Kalau bertanding dekat Kelantan pasti menang. Orang Kelantan dah muak dengan lobai tunggang agama”

“Haa mari bertanding Kelantan. Saya balik pangkah awak”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

13 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

14 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

15 hours ago