“Tak Pernah Dengar Pun”- Aaisyah Dhia Rana Minta Hadiah Produk Kecantikan ‘Rare’ Daripada Che Ta [Video]

Umum mengetahui Aaisyah Dhia Rana merupakan permata hati bagi pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

Puteri tunggal pasangan itu telahpun mencecah usia sembilan tahun pada Rabu (1 November) yang lalu.

Keletah dan kecantikan Aaisyah sering menjadi perhatian warganet ditambah dengan sikapnya yang suka bergaya seperti ibunya.

Minta Produk Kecantikan Sempena Hari Jadi Kesembilan

Sempena hari kelahiran Aaisyah yang kesembilan tahun, Che Ta telah berkongsikan video dia bertanyakan Aaisyah apakah hadiah hari jadi yang dimahukan oleh kanak-kanak itu di akaun Instagram milik anaknya.

“Aaisyah mummy nak tanya, hadiah hari jadi yang Aaisyah nak, mummy dengar Aaisyah nak skincare. Skincare apa?” tanya Che Ta kepada anaknya.

Jawapan yang diberikan oleh Aaisyah nyata mengejutkan Che Ta. Kanak-kanak itu telah memberikan senarai produk kecantikan yang jarang didengar oleh kebanyakan pihak.

“Ada banyak, Glow Recipe, Drunk Elephant, The Ordinary, Sol De Janeiro, banyak lagi mummy tak beli,” kata Aaisyah.

“Ni, Aku tak tahu semua benda tak pernah dengar, yang mummy tahu apa dia, skincare safi rania je,” tambah Che Ta.

Netizen Terhibur Dengan Jawapan Dua Beranak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan senarai produk kecantikan yang disebut oleh Aaisyah.

Malah, mereka tidak menyangka kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu mampu menyenaraikan produk kecantikan yang berbeza dari kebiasaan.

Namun, ada juga yang geli hati mendengar respon balas Che Ta kepada anaknya itu.

Berikut antara komen netizen:

Aku Dok Google Yang Hang Sebut tu Ecah

Aku Tak Nak Ajar Aku Makeup, Habis Duit Aku, Kalau Kaya Macam Che Ta Tak Pela

Acik Tahu Fair & Lovely Ja

Kecil-Kecil Dah Pandai Skincare

Aunty Pun Sama Macam Mummy, Tahu Safi Rania Je

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Cepat Besar Nak, Nanti Mummy Rindu Nak Anak Kecil” – Netizen Usik Che Ta Tambah Anak

Baca Artikel Berkaitan:“Kalau Bermadu, Masak ‘Madu’ Tu Saya Kerjakan” – ‘Amaran’ Che Ta Buat Ramai Terhibur

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

7 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

7 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

9 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

10 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

11 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

12 hours ago