“Dia Pun Tengah ‘Down’- Sah Bercerai, Adira Tak Tuntut Nafkah Dari Datuk Red

Hari ini (24 April) penyanyi terkenal, Adira Suhaimi bersama suami Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar kira-kira jam 9.45 pagi tadi. Hakim juga mengesahkan lafaz cerai dilakukan Datuk Red mengikut syarak.

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaznya ketika prosiding, lapor Harian Metro.

Datuk Red, 46, yang juga usahawan ketika pembicaraan dilihat hanya tunduk sayu manakala Adira nampak tenang.

Adira setuju tak tuntut nafkah, enggan susahkan Datuk Red

Memetik Kosmo, Adira yang berusia 32 tahun turut memaklumkan bahawa dia bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah iddah serta mutaah terhadap bekas suaminya itu.

Malah pelantun lagu Ku Ada Kamu itu mendoakan yang terbaik dan enggan menyusahkan Datuk Red.

“Yang pasti, saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red. Dia pun tengah ‘down’ (tertekan).

“Kita doakan sahaja yang terbaik untuk dia, kehidupan serta kerjayanya.

“Saya percaya kalau rezeki dia murah, ada bahagian untuk anak-anak saya,” jelasnya lagi.

Tak halang jika bekas suami ingin bertemu anak-anak

Adira juga menjelaskan dia tidak menghalang sekiranya Datuk Red ingin bertemu dengan anak-anak hasil perkahwinan mereka atas persetujuan bersama.

Walau bagaimanapun, dia memaklumkan anak-anaknya masih lagi tidak mengetahui tentang status perceraian mereka tetapi yakin ia bakal diketahui kerana mereka sudah pandai membaca.

“Buat masa sekarang, anak-anak syaa yang jaga tetapi saya tidak menghalang sekiranya dia ingin menjenguk, mengikut persetujuan kami sendiri.

“Saya tak beritahu anak-anak, cuma mereka akan tahu sebab mereka pun sudah pandai membaca.”

Adira sebelum ini telah memfailkan penceraian terhadap Datuk Red pada 25 Oktober 2023 kerana tiada persefahaman. Sebelum ini, penyanyi ini juga pernah memfailkan perceraian pada 2019 dan menarik semula kerana anak-anak.

Mengikut rekod pasangan ini telah dijabkabulkan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan hasil perkahwinan memilik empat anak iaitu Anggerek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, serta Ayob, 2.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago