Lelaki Dakwa Diganggu ‘Cik Ponti’ Ketika Memandu, Siap Mengilai Lepas Baca Ayat Kursi [Video]

Kebanyakan orang pasti percaya dengan kewujudan makhluk halus seperti jin meskipun tidak dapat melihatnya di alam nyata.

Jin yang juga digelar hantu oleh sesetengah orang kebiasaannya hanya dapat dirasai kehadirannya secara ghaib tanpa boleh melihat bentuk fizikalnya.

Namun ia tidak mustahil untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa sekiranya diizinkan Allah SWT.

Tular suara mengilai didakwa pontianak ketika memandu

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video rakaman papan pemuka (dashcam) yang memperdengarkan suara wanita mengilai ketika seorang lelaki ini sedang memandu pada waktu malam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @para2sakura, dia mendakwa bahawa suara tersebut merupakan suara hantu yang dikatakan sebagai pontianak.

Menurutnya, kejadian mistik itu berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah pusat salon rambut.

“Kak Ponti ni, orang nak pergi salon buat rambut pun nak ikut. Rambut dia kan dah mencapai skala 5 dah sebab banyak sangat guna shampoo,” tulisnya di ruangan kapsyen secara gurauan.

Cuba ganggu bacaan ayat Kursi, siap mengilai

Di dalam video terbabit, kedengaran suara misteri itu seakan cuba mengganggu pemandu lelaki terbabit ketika dia membaca Ayatul kursi.

Lebih menyeramkan, entiti terbabit juga ketawa seperti mengilai selepas lelaki berkenaan habis membaca ayat ke-255 di dalam surah Al-Baqarah itu.

Macam tak takut, siap boleh ajak berbual

Lelaki terbabit juga seolah-olah tidak takut terhadap makhluk tersebut apabila didengari cuba berkomunikasi dengan menanyakan soalan dan memberi salam yang kemudiannya disahut.

“Haa kenapa? Kenapa? Assalamualaikum, macam mana okay tak?” kata pemandu lelaki itu.

Difahamkan, kejadian mistik itu berlaku di salah sebuah jalan di Perlis, bagaimanapun kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sekadar konten semata-mata.

@para2sakura

Kak Ponti Ni Orang Nak Pergi Saloon Buat Rambut Pun Nak Ikut…Rambut Dia Kan Dah Mencapai Skala 5 Dah Sebab Banyak Sangat Guna Shampoo Rejoice…😅 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #foryou #seram #kerasukan #jin #kakponti #pontianak #mistik

♬ original sound – Kami🇲🇾❤️🤲😊🇵🇸 – Kami🇲🇾❤️🤲😊🇵🇸

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang rasa seram

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Sesetengah netizen berasa seram, namun ada juga yang terhibur mendengar suara makhluk terbabit mengilai.

Malah ada yang mendakwa bahawa entiti itu ketawa kerana bacaan ayat Kursi lelaki terbabit tidak sempurna.

Recent Posts

  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

29 mins ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

5 hours ago