Polis Ambil Keterangan Najib Hari Ini

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merakamkan keterangan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung pemeriksaan dan serbuan polis di tiga unit kediaman di Pavilion Residences pada 18 Mei lalu.

Kenderaan polis dipercayai dinaiki pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat keluar dari kediaman peribadi Najib di Langgak Duta pada pukul 1.40 petang setelah dua jam berada di kediaman itu hari ini.

Menurut sumber, proses mengambil keterangan itu sepatutnya dilakukan semalam namun terpaksa ditunda pada hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini mengenai serbuan dan rampasan barangan milik berharga di apartmen mewah yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Semalam, polis mengambil keterangan anak perempuan Najib berhubung tindakan polis merampas beberapa barangan miliknya susulan pemeriksaan di apartmen mewah itu.

Polis dilaporkan mengambil keterangan anak perempuan bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina selepas beliau membuat laporan polis kerana tidak berpuashati dengan tindakan polis melakukan pemeriksaan dan merampas beberapa barangan yang didakwa sebagai hadiah perkahwinannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan pihaknya merakam keterangan Najib di kediamannya hari ini.

Tinjauan mendapati, lebih 20 pengamal media berkampung di sekitar laluan masuk ke kediaman Najib di Langgak Duta sejak pagi tadi bagi mengikuti perkembangan terkini.

Terdahulu, dua kenderaan dipercayai dinaiki peguam Najib turut dilihat memasuki kediamannya pada kira-kira 12 tengah hari tadi.- Bernama

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

57 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago