“Dia Seorang Bapa Yang Penyayang Tapi…”

“Dia seorang bapa penyayang tetapi pengaruh dadah menyebabkannya tergamak membunuh anak sendiri,” kata anggota keluarga kanak-kanak yang ditetak mati oleh bapanya sendiri di Flat Puchong Permai, Subang Jaya, pada Isnin.

Sepupu kepada bapa kanak-kanak itu, Zaidi Said, 46, berkata beliau masih sukar mempercayai kejadian yang menimpa keluarganya itu dan beliau tidak menyangka sepupunya boleh bertindak sekejam itu terhadap anak sendiri kerana dia sayangkan anaknya itu, kata Zaidi ketika ditemui Bernama pada Selasa.

“Dia seorang yang baik dan sebelum ini ibu saudaranya ada memberi cadangan untuk menjaga anaknya namun dia menolak atas alasan masih mampu menjaga anaknya,” kata beliau.

BACA : Bapa Positif Syabu Tetak Anak Sampai Mati

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 petang itu, bapa berusia 35 tahun itu dikatakan telah menetak tiga kali kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya berusia lima tahun, yang sedang tidur.

Lelaki itu ditahan polis di flat yang sama dan siasatan mendapati dia positif dadah jenis syabu (Methamphetamine) selain dilaporkan ketagih air ketum dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Bagaimanapun, usaha Bernama untuk mendekati ibu mangsa , 24, gagal kerana masih bersedih dan belum bersedia untuk ditemu bual.Ibu mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat belah belah di Puchong.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata proses bedah siasat kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang selesai kira-kira jam 1.30 petang ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kroh, Karak, Pahang petang ini.

Beliau juga berkata lelaki itu akan direman selama tujuh hari.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

34 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago