Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memberitahu, satu laluan tol menghala ke Shah Alam juga telah dibuka kepada pengguna kira-kira pukul 11 malam.

“Pada ketika ini, pihak PLUS sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan di plaza tol terbabit.

“Lorong-lorong lain akan dibuka secara berperingkat,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan Plaza Tol Bukit Raja Klang ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian ribut kencang kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu, sebahagian dari siling plaza tol berkenaan telah runtuh dipukul ribut kencang menyebabkan ia tidak dapat dilalui.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan awal PLUS mendapati tiada kecederaan dilaporkan sama ada melibatkan kakitangan atau pengguna lebuh raya di plaza tol berkenaan.

“Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya mengikuti perkhidmatan Twitter PLUSTrafik untuk maklumat trafik terkini di Plaza Tol Bukit Raja Klang.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua pengguna lebuh raya,” ujar kenyataan itu.

Sumber : Kosm0 ONLINE