Tular Video Lelaki Solat Dalam Kuil, Ini Penjelasan Mufti Perak

Seorang lelaki dikesan menunaikan solat di sebuah kuil, dipercayai terletak di Ipoh.

Menurut video yang dikongsi di Facebook Sikhinside pada 21 Ogos lalu, lelaki berkenaan didakwa sedang solat di kuil Gurdwara Sahib Bercham, Ipoh.

“Semalam (20 Ogos), seorang saudara beragama Islam melakukan solat di Gurdwara Sahib Bercham di Ipoh.

“Dia mungkin tak jumpa masjid dan singgah ke Gurdwara untuk menunaikan solat,” menurut posting yang dikongsi bersama video tersebut yang kini tular dan turut dikongsi di beberapa portal popular antarabangsa.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan lelaki berbaju biru itu sedang menunaikan solat, dipercayai solat Maghrib, tanpa sebarang gangguan.

mStar Online sedang berusaha untuk menghubungi kuil di Gurdwara Sahib Bercham bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut berhubung video berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, berdasarkan rakaman video, ia kelihatan berlaku di kuil Gurdwara Sahib Bercham di Ipoh.

“Saya pernah ke kuil itu sebelum ini, ia kelihatan seperti dalam kuil Gurdwara Sahib Bercham,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi mStar Online berkata, seseorang yang beragama Islam dibolehkan untuk solat di tempat beribadat bukan Islam sekiranya dalam keadaan ‘darurat’.

Jelasnya, ia bermaksud dalam keadaan terdesak atau kecemasan bagi seseorang itu mahu mencari tempat solat memandangkan waktu solat akan berakhir.

“Boleh, selagi tempat itu bersih dan solat perlu menghadap kiblat. Jangan solat menghadap patung untuk penyembahan di tempat itu.

“Seboleh-bolehnya cari kawasan sekitar yang lebih ‘selamat’ seperti di beranda atau tepi bangunan, masih bersih dan menghadap kiblat, yang paling penting tidak menghadap patung-patung tersebut,” katanya.

Harussani turut menasihatkan mereka yang beragama Islam perlu lebih berhati-hati apabila mahu menunaikan waktu solat di mana sahaja mereka berada.

“Seboleh-bolehnya kita berusaha mencari surau atau masjid sekiranya berada di luar untuk menunaikan solat,” katanya.

Dalam pada itu, pada pandangan mStar Online, kekeliruan mungkin boleh berlaku kerana kuil Sikh dan masjid, masing-masing mempunyai kubah, sementara pengunjung bagi kedua-dua rumah ibadat itu ada antaranya memakai serban.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

42 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago