Tak Lama Lagi, Tak Perlu Isi ‘White Card’ Untuk Masuk Singapura

Pelancong asing yang datang ke Singapura tidak perlu mengisi kad ketibaan tidak lama lagi. Anda boleh menghantar maklumat melalui dalam talian (online) sebelum perjalanan ke Singapura.

Image via Malay Mail

Menurut laporan Channel News Asia, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksa (ICA) hari ini mengumumkan bahawa borang yang sedia ada akan digantikan dengan versi elektronik.Image via Reddit

Oleh itu, anda tidak perlu bersusah lagi untuk mengeluarkan pen mengisi borang tersebut ketika berada di dalam kereta atau dalam perjalanan ke Singapura.

Semuanya boleh diselesaikan SEBELUM anda berangkat ke sana. Lebih mudah.

Bagaimana kad ketibaan elektronik ini akan berfungsi?

Sebelum ketibaan, pelancong asing dikehendaki mengisi kad ketibaan elektronik dengan maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka sebelum menghantarnya melalui laman web ICA atau aplikasi mudah alih.

Ketika ketibaan, pelancong hanya perlu mengeluarkan pasport mereka untuk kelulusan imigresen. Ini kerana kad ketibaan elektronik akan dipanggil oleh sistem imigresen ICA.

Image via Google

Kad ketibaan elektronik ini juga akan diuji selama tiga bulan bagi memastikan penggunaan sistem ini lancar

Walaupun kad ketibaan elektronik ini masih belum tersedia kepada umum, ICA sudah bersedia untuk mengujinya dalam tempoh tiga bulan yang akan datang untuk memastikan pelaksanaan sistem ini lancar dan sedia digunakan oleh pelancong asing yang ingin memasuki Singapura.

ICA berkata ujian selama tiga bulan akan bermula pada hari Khamis, 4 Oktober, dan akan dijalankan di kebanyakan tempat contohnya di bandaraya, termasuk Checkpoint Woodlands dan Checkpoint Tuas, Lapangan Terbang Changi, dan empat terminal pelayaran/feri.

Image via The Sun Daily

Checkpoint Woodlands.

Namun begitu, menurut pihak ICA, pengujian sistem ini tidak akan menjejaskan rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang seperti pelajar dan pekerja yang kembali ke Singapura. Mereka tidak perlu mengemukakan kad ketibaan.

Sumber : Says.com

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago