fbpx
Now Reading
Tak Lama Lagi, Tak Perlu Isi ‘White Card’ Untuk Masuk Singapura

Tak Lama Lagi, Tak Perlu Isi ‘White Card’ Untuk Masuk Singapura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelancong asing yang datang ke Singapura tidak perlu mengisi kad ketibaan tidak lama lagi. Anda boleh menghantar maklumat melalui dalam talian (online) sebelum perjalanan ke Singapura.032f

Image via Malay Mail

Menurut laporan Channel News Asia, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksa (ICA) hari ini mengumumkan bahawa borang yang sedia ada akan digantikan dengan versi elektronik.B854Image via Reddit

Oleh itu, anda tidak perlu bersusah lagi untuk mengeluarkan pen mengisi borang tersebut ketika berada di dalam kereta atau dalam perjalanan ke Singapura.

Semuanya boleh diselesaikan SEBELUM anda berangkat ke sana. Lebih mudah.

Bagaimana kad ketibaan elektronik ini akan berfungsi?

Sebelum ketibaan, pelancong asing dikehendaki mengisi kad ketibaan elektronik dengan maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka sebelum menghantarnya melalui laman web ICA atau aplikasi mudah alih.

Ketika ketibaan, pelancong hanya perlu mengeluarkan pasport mereka untuk kelulusan imigresen. Ini kerana kad ketibaan elektronik akan dipanggil oleh sistem imigresen ICA.

0620
Image via Google

Kad ketibaan elektronik ini juga akan diuji selama tiga bulan bagi memastikan penggunaan sistem ini lancar

Walaupun kad ketibaan elektronik ini masih belum tersedia kepada umum, ICA sudah bersedia untuk mengujinya dalam tempoh tiga bulan yang akan datang untuk memastikan pelaksanaan sistem ini lancar dan sedia digunakan oleh pelancong asing yang ingin memasuki Singapura.

ICA berkata ujian selama tiga bulan akan bermula pada hari Khamis, 4 Oktober, dan akan dijalankan di kebanyakan tempat contohnya di bandaraya, termasuk Checkpoint Woodlands dan Checkpoint Tuas, Lapangan Terbang Changi, dan empat terminal pelayaran/feri.

A004

Image via The Sun Daily

Checkpoint Woodlands.

Namun begitu, menurut pihak ICA, pengujian sistem ini tidak akan menjejaskan rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang seperti pelajar dan pekerja yang kembali ke Singapura. Mereka tidak perlu mengemukakan kad ketibaan.

Sumber : Says.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.