PAS Kelantan Tidak Setuju Meminda Umur Minimum Untuk Pasangan Bernikah

PAS kelantan tidak bersetuju untuk meminda umur minimum bagi mana-mana pasangan beragama Islam untuk bernikah di negeri Kelatan. Menurut mereka, ia bukan suatu keperluan kerana amalan nikah bawah umur adalah dibenarkan syarak.

Pada masa yang sama, amalan ini juga selaras dengan peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.

Telah berlangsung persidangan meja bulat mengenai isu perkahwinan bawah umur di Kelantan dan memetik laporan Utusan Online, para peserta bersetuju dan menerima resolusi bahawa amalan berkenaan wajar, malah jika mengikut konteks Kelantan, ia adalah suatu keperluan.

Ketetapan itu adalah satu daripada tujuh resolusi yang dicapai dalam program anjuran bersama kerajaan PAS Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Pertubuhan Lepasan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Kelantan di Kota Bharu.

Selain daripada itu, persidangan turut tidak bersetuju kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian. Perkara ini telah didesak oleh Konvensyen Me­­­ngenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

“Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan dengan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud­nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan piawaian operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia­an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,” kata resolusi itu.

Gambar: FMT

Sebelum ini telah tular kisah perkahwinan seorang gadis berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun yang sudah pun mempunyai dua isteri. Rata-rata netizan tidak setuju dengan perkara tersebut kerana menyatakan bahawa budak kecil tidak sepatutnya kahwin di usia yang muda.

Sejak daripada itu, isu perkahwinan bawah umur menjadi satu topik perbincangan hangat di kalangan rakyat dan turut dibawa ke dalam Parlimen. Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Sumber: SAYS

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago