Menerusi satu entridalam laman Instagram yang dimiliki oleh Nora itu, dia turut meluahkan perasaan sayu kerana menunaikan umrah seorang diri tanpa arwah suaminya, Johan Nawawi.

“Teringat lagi kenangan kita menunaikan umrah empat tahun lalu dan kini, saya bersendirian bersama jemaah lain terbang ke Tanah Suci Mekah.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami semua. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Vida atas tajaan ini, hanya Allah dapat membalasnya,” tulisnya lagi.

Nora yang juga bekas peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketiga kehilangan suaminya yang juga komposer tersohor tahun lalu akibat serangan jantung. – katanya.

Sumber: Kosmo