Cara Buat Sendiri Serbuk Colek Ala Thai Di Rumah

Sebut je mangga, mesti ada antara kita dah mula kecur air liur. Ada suka mangga manis, ada suka yang masam. Buah mangga ni memang terkenal di negara jiran kita, Thailand. Terdapat ramai orang menjual buah mangga yang dah siap dipotong dan dibuang kulit di tepi-tepi jalan di sana. Selalunya kita boleh pilih sekali dengan pencicahnya yang pelbagai jenis.

Kadang-kadang kalau kita terbeli mangga yang kurang masak rasanya memang masam sangat. Jadi ramai yang suka cicah kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba colek pedas-pedas manis ala Thai ni.

Mari kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ala Thai di rumah hasil perkongsian Puan Norashikin Ismail.

BAHAN-BAHAN

  • Cili kering 10 tangkai
  • Belacan besar ibu jari hiris nipis *
  • Udang kering segenggam
  • Gula 6-7 sudu besar
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA

Mudah saja bahan-bahannya, boleh ubah bahan tu ikut kesesuaian. Mungkin ada yang tak makan belacan, jadi kalau tak letak pun tak apa.

1. CUCI & TOSKAN BAHAN

Mula-mula, cuci bersih cili kering dan udang kering. Kemudian toskan untuk buang lebihan air.

2. SANGAI

Seterusnya, sediakan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) cili kering, belacan, dan udang kering sehingga kering dan ringan.

3. POTONG CILI

Kemudian, biarkan bahan tadi sejuk sekejap. Lepas tu, potongkan cili belah dua dan keluarkan bijinya.

4. BLENDER

Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender untuk dikisar sehingga hancur.

Kalau yang suka tekstur kasar, blender kejap saja. Kalau suka halus, boleh blend lama sikit. Terpulanglah ya.

5. TAMBAH GARAM

Akhir sekali, boleh gaul dengan sedikit garam untuk menaikkan lagi rasanya.

Agak-agaklah suka banyak mana ya. Kalau masih pedas, boleh juga lebihkan gula. Nak lagi sedap, boleh guna gula merah atau gula kabung. Boleh ubah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Sumber: Sirap Limau

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago