Kasut Emas 2009 Mohd Nizaruddin Bukan Emas

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Mohd Nizaruddin Yusof, 40, terkilan apabila Kasut Emas yang diterimanya selepas muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) pada 2009 kini sudah rosak, sekali gus menggambarkan kualitinya rendah berbanding di peringkat antarabangsa.

Masakan tidak, Kasut Emas itu yang disangka kebanyakan orang sebagai kasut tulen atau bersadur emas, hanyalah but bola biasa yang disembur cat berwarna keemasan dan kemudiannya dihias di dalam kotak plastik lutsinar.

Menurut Nizaruddin, dia terdetik mendedahkan hal itu semata-mata mengharapkan penghargaan setimpal diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas pencapaian cemerlang pemain bola sepak selepas ini.

Katanya, dibandingkan khidmat bakti pemain bola sepak terutama yang menyarung jersi negara dan bertungkus lumus membantu pasukan negeri atau kelab muncul juara, Kasut Emas diterima itu disifatkan tidak setimpal.

“Kasut Emas ini asalnya but bola satu jenama berwarna merah yang dicat dengan warna keemasan. Seingat saya harganya antara RM700 hingga RM800 ketika itu.

“Dari segi kualiti pembuatan kasut ini begitu rendah kerana sudah tercabut daripada tapaknya, malah cat keemasan juga luntur hingga menampakan warna asal. Cuma yang uniknya, saiz kasut ini sama dengan yang saya pakai,” katanya kepada Arena Metro.

Nizaruddin dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2009 dengan 18 gol ketika mewakili Perlis sekali gus memenangi anugerah yang menjadi buruan penyerang tempatan.

“Pernah ahli keluarga dan rakan bertanya mengenai Kasut Emas ini, namun saya malu untuk menunjukkannya dan hanya menyimpan di stor,” kata Nizaruddin.

Nizaruddin yang pernah mewakili lebih 10 pasukan bola sepak merentasi setiap divisyen di Liga M berkata, anugerah itu sangat istimewa kerana ia diperoleh ketika era kemuncak kariernya.

Menurutnya, sepanjang kariernya dia tidak pernah menolak panggilan mewakili skuad kebangsaan kerana penghormatan itu tiada nilainya.

“Saya masih ingat masa itu bersama Selangor dan dipanggil mewakili skuad kebangsaan bawah 23 tahun awal 2002. Kemudian saya mengalami kecederaan ligamen lutut ACL.

“Biasanya, untuk pulih perlu sekurang-kurangnya lima hingga enam bulan. Saya selepas 22 minggu dapat panggilan skuad kebangsaan terus pergi untuk Piala Tiger 2002,” katanya.

Nizaruddin berkata, biarpun doktor melarang dia nekad untuk pergi demi negara.

“Patutnya, beraksi untuk liga tempatan dulu, tapi sembuh saja, saya terus wakil negara. Saya fikir tidak mengapalah, memang dari kecil cita-cita nak main untuk Malaysia.

“Namun, apabila jadi begini (Kasut Emas) saya betul-betul kecewa. Zaman saya apabila pemain dapat panggilan sarung jersi negara, 50-50 nak pergi,” katanya yang pernah mewakili antaranya Kuala Lumpur, Selangor, MPPJ FC, Negeri Sembilan, Perlis dan ATM.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

15 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

16 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

17 hours ago