Gempa Bumi di Lombok : Seorang Rakyat Malaysia Terkorban, Enam Gagal Dikesan

Seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban, manakala enam lagi gagal dikesan selepas gempa bumi berskala 5.8 Richter melanda Lombok Timur, Indonesia, 2.07 petang tadi.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, mangsa bersama enam individu berkenaan berada di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru di Lombok Utara ketika gempa melanda.

Katanya, gempa di kawasan itu turut dirasai di Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Tengah, Mataram dan sebahagian kawasan Pulau Bali.

“Buat masa ini, usaha mencari serta menyelamat mangsa giat dijalankan pihak berkuasa Indonesia di sana.

“Kementerian Luar Negeri masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan di sana,” katanya tanpa menyebut identiti mangsa yang maut serta hilang.

Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Luar Negeri menzahirkan rasa simpati dan sedih terhadap mangsa dan keluarga susulan kejadian itu.

Katanya, rakyat malaysia yang terjejas akibat kejadian itu diminta untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036 atau menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874570.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

12 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

1 hour ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago