Prototaip Kereta Terbang Dilancar Sebelum 2020
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Prototaip kereta terbang atau kereta aero pertama negara bakal dilancarkan seawal hujung tahun ini, sekali gus membuktikan kerajaan serius mahu meneroka industri aeroangkasa.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, syarikat tempatan seperti Aerodyne Sdn Bhd sudah agak maju dalam pembuatan kereta aero.
“Kerajaan mahu industri aeroangkasa melangkau daripada apa yang ada sekarang dan ia turut membabitkan pembangunan kereta terbang,” katanya ketika ditemui di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Samad Aerospace, Sayed Mohseni dari United Kingdom berkata, pihaknya sedang mencari rakan kongsi dari Malaysia untuk perkhidmatan teksi terbang.
“Kami membangunkan kenderaan dikenali sebagai HUMA (Home & Urban Mobility Aircraf) dijangka akan merevolusikan industri pengangkutan.
“Kenderaan ini bukan kereta terbang atau pesawat, ia hibrid kedua-duanya. HUMA mampu memendekkan masa perjalanan, jimatkan kos operasi dan dilengkapi enjin lebih senyap,” katanya.
Sumber : Harian Metro