Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam Oleh Israel

Majlis perbandaran Israel di wilayah Safed menukar Masjid Al-Ahmar menjadi bar dan dewan acara, menurut laporan Al-Quds Al-Arabi semalam.

Masjid berkenaan adalah antara rumah ibadat umat Islam paling bersejarah di bandar raya Safed, yang terletak di utara Palestin, yang diceroboh rejim Zionis pada 1948.

Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

Masjid itu kini dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat.

Ia dijadikan bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang ada kaitan dengan majlis perbandaran Israel.

Namanya turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar, menurut Middle East Monitor, memetik laporan akhbar Al-Quds Al-Arabi.

Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkat kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid berkenaan daripada sebarang pelanggaran.

Sebelum dihalau keluar dari rumah mereka pada 1948, Safed mempunyai 12,000 penduduk Palestin.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

33 mins ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

51 mins ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

17 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

19 hours ago