“Tindakan Ini Salah, Jangan Halang Pelancong” – MOTAC Tak Setuju Masjid Putra Ditutup Kepada Pelancong
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini portal Awani ada melaporkan yang Masjid Putra ditutup kepada pelancong yang bukan beragama islam ekoran kebimbangan terhadap wabak koronavirus yang sedang hangat diperkatakan.
Terbaru Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui menterinya meluahkan rasa tidak bersetuju dengan keputusan Masjid Putra, Putrajaya menutup masjid itu kepada pelancong warga asing bukan Islam.
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pelancong dan pelawat yang masuk ke negara ini adalah dari kalangan mereka yang sihat dan sepatutnya mereka tidak boleh dihalang untuk mengunjungi destinasi menarik di negara ini
Memetik dari Metro, Menteri itu berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada semua pusat pelancongan di negara ini agar tidak menghalang atau menyekat pelancong dari mengadakan lawatan ke tempat menarik dan tumpuan pelancong .
“Tindakan ini adalah salah dan jangan halang pelancong melawat ke tempat yang ingin dilawati,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas dan Sesi Taklimat Berkaitan Isu Koronavirus di pejabatnya hari ini.
Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Norhisham Abdullah.
Keputusan penutupan lawatan warga asing bukan Islam ke Masjid Putra itu dibuat Ahad lalu.
Media melaporkan Masjid Putra hanya dibuka kepada umat Islam menunaikan solat sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.
Tambah Mohamaddin lagi, negara kita mempunyai pengalaman dan banyak perancangan bagi menangani wabak koronav