Rakyat Kanada Disyaki Positif Koronavirus Di Bawa Ke HKL

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan seorang wanita warga Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dikhuatiri dijangkiti Novel Koronavirus (2019-nCoV) di KLCC harini

Menurut Dr Dzulkefly, Kementerian Kesihatan akan memberikan perkembangan semasa mengenai keadaan wanita berkenaan. 

“Ya saya pun baru dapat berita itu. Saya kira pasukan Hazmat (Unit Bahan Berbahaya) itu datang dalam entiti yang lengkap (semasa kejadian) dan kita perlu berjaga-jaga.

Ambulans yang terletak di luar perkarangan KLCC

“Mereka telah dibawa ke hospital HKL. Kami akan maklumkan perkembangannya. Kami akan berkomunikasi dengan pihak media,” katanya dalam satu sidang media di kementeriannya di sini petang Rabu.

Beliau menjawab apabila diajukan soalan oleh pemberita mengenai foto-foto tular pasukan Hazmat dan anggota polis yang dilihat berada di Menara 3 Petronas, bangunan KLCC, pagi tadi.

Dalam pada itu memetik dari mStar, sumber Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa HKL masih menyiasat kes tersebut.

Anggota Hazmat dilihat berada di Menara 3 Petronas, KLCC siap dengan sut perlindungan.

Menurut sumber berkenaan, sehingga kini masih belum ada pengesahan sama ada pesakit tersebut, seorang remaja perempuan warganegara Kanada berusia 17 tahun, positif 2019-nCoV atau sebaliknya

Terdahulu tular beberapa keping gambar yang menunjukkan pasukan Hazmat dilihat berada di bangunan KLCC susulan panggilan yang diterima daripada Twin Tower Medical Clinic (TTMC) mengenai seorang individu didakwa disyaki positif 2019-nCoV.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago