Doktor Terawal Beri Amaran Wabak Koronavirus Kini Terlantar Sakit

Siapa sangka pakar perubatan terawal  yang memberi peringatan mengenai wabak koronavirus sebagai ancaman awam, kini dia pula terlantar akibat dijangkiti virus tersebut.

Memetik CNN, Dr Li Wenliang, 34 tahun dari Wuhan pada 30 disember lalu, melalui aplikasi mesej Wechat , telah memberi peringatan kepada rakannya supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya.

Menurut mesej tersebut, tujuh individu yang makan di pasar itu telah jatuh sakit dan telah dikuarantin . Ujian kemudian  menunjukkan pesakit dijangkiti sejenis virus yang mempunyai simptom sama seperti SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).

“Saya hanya mahu mengingatkan mereka supaya berhati-hati,” katanya kepada CNN.

Dia yang berniat menasihati rakan-rakannya untuk memberikan amaran kepada ahli keluarga secara peribadi, tetapi tidak menyangka, paparan skrin (screenshot) mesej yang dihantarnya menjadi tular kemudiannya.

Mesej yang tular itu kemudian menyebabkan pakar perubatan ini dituduh menyebarkan khabar angin sehingga dipanggil oleh pengurusan hospital untuk menjelaskan bagaimana dia tahu tentang virus itu, sebelum dipanggil ke balai polis tempatan kerana dituduh  menyebarkan khabar angin.

Dr Li kemudiannya dilaporkan menandatangani satu kenyataan yang memperakui dia melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulanginya, sebelum dibebaskan dan dibenarkan kembali bekerja. Namun tiada siapa menyangka dia pula yang dijangkiti wabak tersebut melalui seorang pesakitnya.

Selepas mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas, Dr Li dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan positif koronavirus pada 1 Februari lalu.

“Dr Li hanya mahu menjaga kepentingan orang ramai. Tidak masuk akal untuk menghukumnya,” kata Richard Watkins, seorang doktor dan profesor perubatan di Northeast Ohio Medical University, kepada portal Yahoo Lifestyle.

“Apabila doktor takut untuk memaklumkan perkembangan baharu yang mereka perolehi, banyak perkara tidak baik akan berlaku,” kata William Schaffner, pakar penyakit berjangkit dan profesor di Vanderbilt University School of Medicine.

“Menyembunyikan penyakit berjangkit takkan berjaya kerana ia akan tersebar,” tambahnya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

46 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago