fbpx
Now Reading
Kes Positif Covid-19 di Korea Selatan Kini Cecah 1,400 Orang

Kes Positif Covid-19 di Korea Selatan Kini Cecah 1,400 Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, baru-baru telah menaikkan amaran COVID-19 kepada tahap tertinggi ‘merah’ dalam usahanya mengekang wabak ini dari terus merebak.

Namum kebimbangan di kalangan rakyat negara berkenaan terus meningkat apabila 169 lagi kes baru direkodkan di negera berkenaan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat ke 1,444 dan angka itu sendiri disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak Korea (KCDC) ; mengekalkan status Korea Selatan sebagai negara kedua yang merekodkan kes positif Covid 19 terbanyak selepas China.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman web rasmi, 134 dari kes terbaru itu direkodkan dari bandar Daegu, bandar yang telah mencatatkan lebih 500 wabak berkenaan di Korea Selatan

Kes ini menyebabkan beberapa negara antaranya Singapura kini melarang kemasukan pelancong dari Daegu dan sebuah lagi bandar iaitu Cheongdo, dua bandar yang mencatatkan peningkatan bilangan kes positif COVID-19 dari kedua-dua bandar itu Korea Selatan itu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.