Kompleks Sukan, Gimnasium, Badminton Dibenarkan Bermula 15 Jun

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini meluluskan pembukaan semula kompleks sukan tertutup seperti gimnasium, dewan badminton, pusat snuker, dan pusat-pusat sukan lain, bermula 15 Jun ini.

Perkara ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sidang media harian pada petang tadi.

Operator perlu isi borang notifikasi pembukaan dahulu

Mengulas lebih lanjut, Ismail berkata operator atau pihak pengurusan pusat sukan bagaimanapun perlu mengisi borang notifikasi pembukaan terlebih dahulu melalui laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi rujukan SOP dan untuk tujuan pemantauan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

“Borang notifikasi boleh diakses bermula hari ini,” katanya.

Aktiviti sukan tanpa sentuhan sudah dibenarkan dalam atau luar dewan

Tambah Ismail Sabri lagi kerajaan juga kini sudah membenarkan orang ramai untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak ada sentuhan badan sama ada dalam atau luar dewan.

“Contohnya sukan individu seperti badminton, olahraga, angkat berat, sukan permotoran (dua roda dan empat roda), sukan ekstrem (payung terjun, papan luncur, paramotor) dan sukan rekreasi seperti riadah (senamrobik, yoga).

“Kebenaran ini perlu mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 hingga 3 meter untuk aktiviti statik seperti angkat berat, berlari atas treadmill dan 3 hingga 5 meter bagi aktiviti dinamik seperti latihan bola sepak, hoki dan ragbi,” katanya.

Namun Mesyuarat Khas Menteri-Menteri masih mengekalkan larangan bagi aktiviti perlawanan untuk acara berpasukan seperti bola sepak, hoki, ragbi, bola jaring serta sukan tempur seperti taekwondo, silat dan sebagainya kecuali hanya untuk tujuan latihan dengan syarat tanpa sentuhan badan serta mengekalkan penjarakan sosial 3 hingga 5 meter antara seorang dengan seorang yang lain.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago