fbpx
Now Reading
24 Rakan Positif Covid-19 Selepas Hisap Shisha Beramai-ramai

24 Rakan Positif Covid-19 Selepas Hisap Shisha Beramai-ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka aktiviti sekumpulan 24 rakan berkumpul dan menghabiskan masa menghisap shisha bersama akhirnya memberi padah apabila kesemua mereka disahkan positif COVID-19.

Perkara ini berlaku selepas seorang dari mereka yang disahkan positif telah telah berkongsi corong shisha bersama 23 lagi rakannya.

Kejadian ini di fahamkan berlaku di Gurugram, India pada 8 Julai lalu.

Memetik laporan media tempatan lelaki tersebut sebelum itu telah menghadiri satu majlis perkahwinan di kampungnya sebelum bertemu rakan-rakannya untuk menghisap shisa bersama.

Perkongsian corong shisha beramai-beramai itu sekali gus menyebabkan rakan-rakannya turut dijangkiti wabak tersebut.

Foto sekadar hiasa Foto : ArabNews

Kejadian berkenaan menyebabkan pihak berkuasa disana mengharamkan terus penggunaan shisha kepada orang ramai

Namun tindakan pegawai jabatan kesihatan daerah yang pantas mengambil tindakan segera dengan meminta kesemua mereka menjalani saringan selepas seoran rakan mereka disahkan positif wajar dipuji

Penduduk di kampung berkenaan juga kini membentuk satu jawatankuasa untuk memeriksa penggunaan shisha serta memulakan kerja-kerja sanitasi.

“Apabila kes Covid-19 meningkat secara mendadak di kampung itu, kami mendapati shisha menjadi punca utama penyebaran jangkitan virus.

“Amalan menghisap shisha sering dilakukan di kampung-kampung dan ia perlu dielakkan ketika pandemik Covid-19,” jelas pegawai kanan kesihatan hospital awam Jind, Gopal Goyal kepada TOI.

Sebagai rekod banyak negara sebelum ini sudah mengharamkan penggunaan Shisha ekoran penularan Covid-19 dimana WHO berpendapat penggunaannya mampu meningkatkan potensi jangkitan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.