Luka Di Muka & Patah Jari Tangan, 2 Polis Cedera Diserang Kumpulan Samseng [Video]

Sejak semalam tular satu video di media sosial yang memperlihatkan beberapa orang anggota polis diserang sekumpulan invididu sewaktu sedang bertugas

Lebih memburukkan keadaan apabila ada di antara individu terbabit menghentak botol kaca ke arah anggota polis tersebut ketika mereka menjalankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19

Kejadian yang berlaku di Lembah Sireh, Kota Bharu dua hari lalu menyebabkan netizen berang dan berharap agar individu-individu terbabit dikenakan hukuma yang setimpal apatah lagi anggota polis berkenaan dilihat langsung tidak menggunakan kekasaran .

Menerusi laporan Harian Metro, pegawai polis iaitu Inspektor N Indra Nahu, 33, cedera di muka akibat ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, mengalami patah jari tangan kanan.

Kejadian berlaku di sebuah kedai shisha

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat di Kampung Perupok yang ditemui media sewaktu melawat salah seorang dari polis terbabit memaklumkan anggotanya pada waktu itu sedangn menjalankan operasi bersama pihak Majlis Daerah Kota Bharu-Bandaraya Islam (MDKB-BRI) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di sebuah kedai shisha.

Mereka bagaimanapu terus diserang sekumpulan lelaki selepas memperkenalkan diri di sana

“Dalam pergelutan itu, ada yang cakar pipi, menumbuk dan sebagainya.

3 ditahan 1 lagi diburu

Susulan kejadian tersebut tiga lelaki sudah ditahan termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai manakala seorang lagi masih dalam buruan

“Polis berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai, seorang lagi rakan mereka berjaya ditangkap pada 3.40 pagi tadi di Machang,” katanya.

Jelas Shafien lagi  seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Patah jari selepas lindungi kepala rakan polis dari dihentak kaca

Dalam pada itu seorang anggota polis yang cedera itu Tuan Hafizuddin memaklumkan dia cedera sewaktu cuba menghalang salah seorang suspek dari menghentak botol kaca ke kepala Inspektor N Indra.

“Sebaik lihat mereka bertindak agresif, kami diarahkan untuk menangkap kumpulan itu namun mereka bertindak menumbuk, mencakar dan cuba mencederakan pegawai menggunakan botol kaca,”

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

7 hours ago