Semalam merupakan hari duka buat keluarga pemain bola kebangsaan, Syafiq Ahmad serta peminat bola sepak yang turut sama bersedih di atas pemergian ibu mertua dan anak lelakinya yang berusia 22 hari.
Tiada siapa menduga, kepulangan mereka ke kampung halaman berakhir dengan kisah tragis apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Jawi semalam.
Selain pemergian ibu mertuanya,Zainab Wahab dan anaknya Muhammad Aisy Saqeef, kemalangang tersebut turut meragut nyawa pembantu rumah Titik Sukamti dan mengakibatkan isterinya, Nur Amalina Norain parah dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Berikut kami kongsikan rangkuman insiden duka yang menyelubungi keluarga Syafiq yang juga merupakan penyerang pasukan JDT tersebut :
Menerusi laporan Harian Metro, suasana di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya bertukar pilu dima isterinya Nur Amalina yang parah sempat diberi peluang untuk mengucup jenazah anak lelaki mereka iaitu Muhammad Aisy Saqeef buat kali terakhir.
Lebih menyedihkan apabila orang ramai melihat Amalina membelai dan mengucup bayinya itu beberapa kali. Dia dalam masa sama turut menatap wajah ibunya yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut.
Jenaszah Muhammad Aisy Saqeef dan ibu mentuanya Syafiq, Zainab Wahab, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Pendang kira-kira pukul 8.30 malam tadiJ
Anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, juga kini sedang dirawat di wad kanak-kanak HSH keran mengalami kecedraaan ringan. Selain itu dia turut dipercayai mengalami pendarahan dalam otak.
Benda JDT diturunkan separuh tiang di Stadium Sultan Ibrahim sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq Ahmad dan keluarga.
Arahan tersebut dikeluarkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab tersebut.
Adik Syafiq, Muhammad Zulfadhli, memaklumkan abangnya masih lagi trauma malah dia dilihat sukar menerima kejadian yang terjadi.
Jelasnya, Syafiq hanya menangis dan enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sedih.
“Dia akan menangis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja Aisy“
Reda dengan pemergian cucu lelaki permanya bapa Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, bagaimanapun difahamkan tidak berkesempatan untuk menatap wajah Aisy.
Ahmad berkata, mereka merancang untuk ke Johor pada 11 Dis tetapi terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan ini berikutan kawasan rumah di Bayan Baru dikenakan pula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Bapa mentua Syafiq, Norain Shahadan,50 yang ditemui media memaklumkan bahawa arwah isterinya, Zainab Wahab, 46, ada menghubunginya sebelum pulang ke kampung.
Isterinya yang sudah berada di Johor sejak perayaan Deepavali lalu meminta agar dia mengemaskan rumah, namun tidak menyangka dua insan tersayang itu pulang sebagai jenazah.
Malah menurutnya, dia hanya sempat menatap wajah cucu barunya itu menerusi kumpulan WhatsApp keluarga sahaja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, Syafiq dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas.
“Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…