Isu Ekzos Bising : “Tak Perlu Saman Hanya Advokasi” – Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong semalam memaklumkan operasi ekzos bising yang sedang berlangsung di seluruh negara hanya akan memberikan fokus kepada nasihat dan advokasi iaitu pengeluaran notis untuk temu siasat,  dan bukan menyaman.

Menurut beliau perkara tersebut sudah dimaklumkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim agar para pesalah tidak dikenakan tindakan saman.

“Saya ingin maklumkan bahawa MOT (Kementerian Pengangkutan) telah membuat satu keputusan, bahawa pada peringkat ini lebih elok tumpukan kepada pendekatan advokasi iaitu dikeluarkan Notis 114 daripada tindakan saman,” katanya yang ditemui media sejurus menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 di ibu negara.

Apakah Notis 114?

Notis 114 ialah notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114, Akt Pengangkutan Jalan 1987 yang dikeluarkan kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan dimana penerimanya perlu tampil memberikan keterangan di mana-mana cawangan JPJ untuk membantu siasatan.

Perbincangan antara PDRM dan JPJ bagi selaraskan kesalahan

Tambah beliau satu perbincangan bersama diantara Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, dengan Ketua Pengarah JPJ juga telah diadakan bagi tujuan menyelaraskan kesalahan yang dikeluarkan di bawah notis 114 memandangkan operasi turut melibatkan polis trafik.

Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan saman sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada pemilik kenderaan yang didapati mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising.

Apa kata mereka?


Pengumuman tersebut turut mendapat maklum balas positif dari bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid yang berpendapat pihak berkuasa cuba mendengar keluhan orang ramai.

Sebagai rekod, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sebelum ini melaporkan setakat 5 Mac, sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubah suai Ekzos (bising) yang bermula pada 1 Mac lalu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago