fbpx
Now Reading
Ariana Grande Bakal Jadi Juri The Voice

Ariana Grande Bakal Jadi Juri The Voice

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Penyanyi pop antarabangsa , Ariana Grande mengumumkan bakal menjadi salah seorang juri program realiti nyanyian terbitan NBC, The Voice.

Penyanyi lagu 7 Rings itu memberitahu khabar tersebut menerusi Twitter dan Instagramnya.

“Kejutan! Saya sangat teruja, berbesar hati dan gembira dapat menyertai Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton untuk musim terbaharu The Voice,” ujar Ariana Grande.

Menerusi  ciapan di Twitter Nick Jonas, penyanyi itu juga mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Ariana ke keluarga The Voice.

Difahamkan Ariana bakal muncul sebagai jurulatih terbaru The Voice musim 21 bersama tiga lagi jurulatih lain iaitu Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton.

Penyanyi yang popular dengan lagu Thank You,Next itu menggantikan kerusi jurulatih yang telah ditinggalkan oleh Nick Jonas selepas dua musim.

Menerusi ruangan komen di posting Ariana, rata-rata  peminat rancangan realiti popular itu dan peminat Ariana sendiri memang sudah tidak sabar dan teruja mahu melihat aksinya sebagai jurulatih.

Wow, penulis sendiri pun sudah tidak sabar untuk melihat Ariana menjadi juri dalam The Voice musim terbaru nanti. So excited!!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.