fbpx
Now Reading
Gara-gara Cuba Buka Pintu Pesawat Sewaktu Di Udara, Wanita Diikat Dengan Pita Pelekat [Video]

Gara-gara Cuba Buka Pintu Pesawat Sewaktu Di Udara, Wanita Diikat Dengan Pita Pelekat [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara cuba membuka pintu pesawat yang sedang dalam penerbangan, seorang wanita terpaksa ditenangkan dan diikat dengan pita pelekat oleh krew penerbangan.

Kejadian berkenaan yang berlaku pada 6 julai lalu didalam sebuah pesawat milik American Airlines difahamkan sedang dalam penerbangan dari Dallas ke Charlotte.

Menerusi laporan Mirror, American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan wanita tersebut pada mulanya cuba ditenangkan oleh krew penerbangan sewaktu dia cuba membuka pintu depan pesawat berkenaan.

Namun disebabkan tindakannya yang agresif dan cuba menyerang krew penerbangan, dia kemudiannya terpaksa diikat pada kerusi dengan menggunakan pita pelekat.

Insiden berkenaan kemudiannya tular di media sosial selepa berjaya dirakam oleh seorang penumpang dan dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Menurut penumpang tersebut, Arienna Mathena, dia pada mulanya terdengar suara seorang wanita sedang terjerit-jerit di bahagian hadapan pesawat. Namun dia dan penumpang tidak dapat memastikan apa yang berlaku kerana krew penerbangan tidak menjawab pertanyaan mereka.

Namun mereka kemudian akhirnya dimaklumkan oleh juruterbang pesawat bahawa seorang penumpang wanita yang duduk di kelas pertama telah ditahan dan diikat kerana cuba membuka pintu pesawat dan menyerang kru.

Arienna kemudiannya berjaya merakam wajah wanita tersebut sewaktu hendak keluar dari kapal terbaik mereka mendarat.

Jelasnya menerusi video yang sudah dibuang di TikTok itu lagi, wanita tersebut disyaki mempunyai masalah kesihatan dan terkena Autism Meltown sewaktu di atas menyebabkan dia menjadi tidak tentu arah.

Insiden tersebut yang tular dan menjadi sohor di Twitter turut mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ada yang mengecam tindakan krew penerbangan kerana bersikap terlalu drastik sehingga mengikat wanita berkenaan sebegitu rupa dan ada juga yang bersetuju dan berpendapat wanita berkenaan sebenarnya membahayakan nyawa semua orang di dalam penerbangan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.