Guru Akan Berdepan Tindakan Disiplin Jika Tak Ambil Vaksin Sebelum 1 November

Golongan pendidik yang masih tidak mengambil suntikan vaksinasi menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu pada 1 November ini bakal berdepan tindakan disiplin.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon,  semua guru perlu mematuhi pekeliling dikeluarkan JPA yang turut lengkap dengan maklumat berkenaan tarikh akhir serta hukuman yang menanti mereka yang gagal mengikut arahan.

“Tindakan akan diambil terhadap guru-guru ini bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak terjejas,” katanya sewaktu menjawab soalan Datuk Mohd Salim Shariff (BN-Jempol) di Parlimen.

Perkara itu dikongsikan Dr Mah sewaktu sesi jawab di Parlimen pada selasa

Jelasnya menurut pekeliling sama, individu yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan dan kesihahan bagaimanapun boleh menghantar laporan kesihatan yang disahkan pegawai kesihatan di hospital kerajaan kepada ketua jabatan mereka.

Berbaki kurang dari sebulan, kesemua guru terbabit boleh berkunjung secara walk-in kemana-mana pusat suntikan vaksin yang masih ada.

Tak dibenar ajar murid secara bersemuka

Beberapa hari lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan terdapat sekitar 2,000 guru yang enggan divaksin di seluruh negara.

Foto : Awani

Menurutnya, kerajaan telah membuat ketetapan melarang mereka daripad mengajar murid secara bersemuka dan mereka mungkin berdepan pertukaran sama ada dalam negeri ataupun ke luar negeri mereka dalam memastikan perjawatan yang ada tidaak terjejas.

“Kita tidak ada pilihan kerana kalau tidak (sesi) pengajaran akan terjejas. Sebab itu kita buat ketetapan bahawa guru-guru ini (tidak ambil vaksin) perlu dibawa keluar.

“Ke mana kita akan letakkan mereka? Semestinya mereka tidak akan mengajar secara bersemuka. sebab itu akan ada pertukaran sama ada dalam negeri ataupun ke luar negeri mereka untuk memastikan supaya perjawatan yang ada tu tak terjejas,” tegas beliau.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

40 mins ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago