Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video rakaman dashcam memperlihatkan seorang wanita terjatuh dari sebuah Perodua Myvi berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam.
Menerusi video tersebut, kereta Myvi hitam berkenaan pada mulanya dilihat menyalakan lampu amaran sewaktu mengampiri lampu isyarat, sebelum pintu penumpang hadapan terbuka dan seorang wanita tiba-tiba ‘terkeluar’ dan terjatuh dari kereta berkenaan yang masih lagi bergerak.
Dari situ timbul pelbagai spekulasi yang mengatakan mereka adalah pasangan bercinta yang sedang bergaduh dan dan ada juga yang tertanya-tanya adakah ianya satu kejadian jenayah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menerusi satu kenyataan kemudiannya meminta orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta kes tepat berhubung isu berkenaan. Malah hasil semakannya tiada lagi laporan polis yang dibuat berhubung video berkenaan.
Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2021/10/04/video-tular-wanita-jatuh-dari-myvi-belum-ada-laporan-diterima-polis-mohon-henti-spekulasi/
Terbaru pemandu dan pemilik Perodua Myvi hitam berkenaan tampil menjelaskan apa yang terjadi. Dia yang juga seorang Editor menerusi satu video di saluran Youtube Amirul Syakir tampil menjelaskan apa yang terjadi.
Turut bersamanya didalam video tersebut adakah wanita tular yang ‘melompat’ keluar dari kereta berkenaan yang dikenali sebagai ‘kekna’.
Menurutnya mereka bukanlah pasangan bercinta sebaliknya hanyalah seorang rakan sekerja, dan pada hari kejadian wanita tersebut telah terkena gangguan sewaktu mereka dalam perjalanan untuk mencari barang.
Penjelasannya sama dengan seorang individu semalam yang mendakwa adalah sepupu rapat kepada wanita berkenaan.
“Di sini saya jelaskan kami bukan pasangan bercinta dan hanyalah rakan sekerja, ketika itu kami keluar mencari barang-barang untuk buat ‘content’.
“Ketika itu dia terkena gangguan sehingga suaranya berubah, semasa saya tengah bawa kereta dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan,” katanya semalam.
Disebaban kejadian berlaku secara spontan dan pantas dia gagal tidak untuk menarik rakannya dari melompat keluar.
“Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai ‘seat belt’, tiba-tiba dia hilang.
“Rupa-rupannya dia dah di seberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan terus buat pusingan U untuk mencarinya,” jelasnya lagi.
Difahamkan mereka bakal mengambil tindakan kepada individu yang menyebarkan video berkenaan sehingga tertimbulnya fitnah tanpa usul periksa
“Fitnah zaman sekarang senang tersebar tanpa usul periksa Kami akan ambil tindakan, tak tahu hujung pangkal jangan menuduh” tulisnya menerusi kapsyen.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…