Didakwa Buat Gangguan Seksual Semasa Beli Vape, Abang ‘Askar’ Kini Diburu Polis

Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai sebuah video tular memperlihatkan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki beruniform.

Menerusi video tersebut lelaki yang lengkap berpakaian askar itu dilihat mencemari kredibiliti sebagai anggota keselamatan apabila bertindak memegang sebelum menjilat jari wanita berkenaan ketika sedang berurusan dengannya.

Mula dimuat naik seorang pengguna Facebook, Amir Hamzah Abdul Hamid video tersebut kemudian menarik perhatian orang ramai hingga tular dan sohor di banyak platform media sosial.

Mangsa keseorangan semasa kejadian dan sudah buat laporan polis

Menerusi hantaran yang dimuatnaik pengguna Facebook berkenaan yang bagaimanapun sudah dipadamkan,  ketika kejadian mangsa hanya berseorangan ketika itu.

Mangsa yang terkejut dan tergamam kemudian hanya bertindak mendiamkan diri sebelum akhirnya membuat laporan polis.

Polis sahkan kejadian

Polis kemudian mengesahkan insiden berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Namun suspek masuk semula ke dalam kedai dan beritahu pod vape dibelinya tidak berfungsi. Gadis tersebut kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baru.

Suspek beredar selepas mangsa beritahu ada CCTV


“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” kata Mohamad Farouk.

Tambahnya lagi ,siasatan sedang diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

15 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

17 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

17 hours ago