PRN Melaka : Semua Majlis Rasmi Kerajaan & Swasta Tidak Dibenarkan Dari 4 – 27 November

Umum pasti mengetahui Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka bakal berlangsung pada 20 November ini dengan pagi tadi menyaksikan berlangsungnya proses penamaan calon bagi semua 28 kerusi.

Ianya ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.

Sebagai usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan dan peningkatan kes mendadak COVID-19, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) kemudiannya memaklumkan sebarang perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan berkuat kuasa dari 25 Oktober sehingga 27 November.

Terbaharu MKN Negeri Melaka menerusi satu kenyataan Pelan Pemulihan Negara (PPN) prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat yang dikemas kini turut memaklumkan segala majlis rasmi kerajaan dan swasta juga tidak dibenarkan diadakan di sana bermula dari 4 November lalu.

Selain itu, semua aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya juga dilarang sejak 25 Oktober hingga 27 November ini seperti yang diumumkan KJ.

Bukan itu sahaja, sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai ke suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan terhadap arahan Ketua Pengarah Kesihatan juga adalah dilarang.

Menerusi laporan Bernama, MKN bagaimanapun memberikan sedikit kelonggaran bagi mesyuarat parti di sana tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan pematuhan penjarakan fizikal selain hanya untuk individu yang telah lengkap divaksin.

Selain itu, MKN turut membenarkan aktiviti sidang media selepas mesyuarat parti dengan SOP asas iaitu pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Sebagai rekod, Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar.

Dari jumlah tersebut, 240,530 atau 48.57% pengundi adalah lelaki manakala baki 254,666 atau 51.43% adalah wanita.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

9 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

12 hours ago