“Perlu Jawab Sebelum Khamis” -Restoran Siakap ‘Kayangan’ Diberi Notis Penjelasan Oleh KPDNHEP

Nampaknya isu ikan siakap kayangan membabitkan sebuah restoran terapung di Langkawi semakin hari semakin hangat diperkatakan.

Mula dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook,  Muhammad Faris Zulkarnain, isu tersebut terus melarat selepas seorang demi seorang pelanggan tampil berkongsi perkara sama.

Mengakui sedar dan peka dengan harga yang tertera pada menu, rata-rata pelanggan yang tampil bagaimanapun menegaskan mereka berasa ‘teraniaya’ kerana pihak restoran tidak berterus terang dan berselindung dari awal mengenai saiz serta harganya.

Malah ada yang merasakan saiz ikan yang diterima juga adalah tidak bersesuaian kerana terlalu besar berbanding jumlah mereka yang menjamu selera.

Antara resit lain yang tular Foto : Lyza Saat

Baca artikel berkaitan : “Dia tak cakap besar tu 6KG” -Seorang Lagi Pelanggan Tampil Dakwa ‘Terkena’ Harga Ikan Siakap Mahal Di Langkawi

Tangkap layar seorang lagi pengguna Foto : FB Rohani Osman

KPNDHEP sudah keluar notis yang perlu dijawab dalam 5 hari

Terbaharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memaklumkan pihaknya sudah pun mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada pemilik kedai berkenaan pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, notis tersebut perlu dijawab oleh peniaga tersebut dalam tempoh lima hari.

Ini bermakna mereka perlu berbuat demikian sebelum khamis (11 November) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil, lapor Berita Harian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran berkenaan menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

“Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu, buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci samada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya”

Mohd Shahran Mohd Arshad

Hanya satu aduan diterima KPDNHEP

Dalam pada itu Mohd Shahran menjelaskan setakat ini KPDNHEP hanya menerima satu aduan berhubung perkara tular itu. Justeru, beliau menyeru mana-mana individu yang berdepan situasi sama untuk tampil membuat laporan.

Jelas beliau,  pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan serta membandingkan harga sebelum membeli apa-apa barangan atau makanan.

Baca artikel berkaitan : Geram Dengan Isu Siakap Kayangan, Vida Tawar Nak Bayar Semula ‘Kerugian’ Pelanggan

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

8 mins ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

4 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

5 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

5 hours ago