Isu Hadiah Rumah RM100 Juta Kepada Najib, 4 Menteri Termasuk Tengku Zafrul Dilapor Antara Yang Bantah

Baru-baru ini Dewan Rakyat kecoh selepas beberapa ahli parlimen pembangkang meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemberian ‘hadiah’ berupa rumah dan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mula mendapat liputan meluas selepas didedahkan portal MalaysiaNow pada 12 November, perkara tersebut kemudian disahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Khamis, 18 November.

Pemandangan dari udara Bukit Petaling  dipercayai tanah yang akan dibina rumah Najib Foto : Malaysia Now

Tidak berpuas hati dengan maklumat tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga MP Langkawi yang meminta penjelasan apakah keperluannya untuk memberikan duit kerajaan Najib yang menurutnya seperti seorang ‘banduan’, ‘penyangak’ dan ‘pencuri’.

Najib kemudian menerusi beberapa posting di Facebook mengesahkan perkara tersebut namun mendakwa ia adalah perkara sama seperti yang diberikan kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri.

“Office saya cuma mohon diberi kediaman selepas PRU14 seperti dalam akta dipinda dia (Tun M).

“Kerajaan beri 3 bidang tanah kerajaan untuk pilih maka saya pilih satu. Tanah kerajaan dekat Dewan Bahasa dan Pustaka sebab keluarga saya rasa lokasi itu paling sesuai bagi mereka”

Hanya satu propaganda, kata Najib

Menerusi satu lagi hantaran dia mendakwa isu tersebut sebenarnya hanyaklah satu propaganda untuk menghasut rakyat Melaka yang bakal mengundi untuk Pilihanraya Negeri (PRN) agar membencinya.

“Cerita permohonan saya untuk diberi kediaman di bawah akta kerajaan yang saya buat pada tahun 2018 selepas PRU14 tiba-tiba dikeluarkan menjelang hari mengundi PRN Melaka.Tiba-tiba diberi nilai RM100 juta.

“Sedangkan ianya tanah kerajaan sedia ada yang diberi kepada saya untuk saya pilih di bawah akta kerajaan. Bukan suruh kerajaan belanja untuk beli bagi saya” tulis Najib menerusi hantaran tersebut.

Terbaharu, Awani melaporkan MalaysiaNow yang memetik sumber melaporkan terdapat beberapa menteri yang membantah keputusan meluluskan pemberian hadiah tersebut.

Menerusi laporan itu, sumber yang rapat dengan beberapa anggota Kabinet memaklumakn selain Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tiga lagi menteri yang mewakili beberapa parti utama dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu, dan PAS turut membantah.

Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali , Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dan Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun setakat ini belum ada pengesahan yang berjaya diperoleh daripada mereka berhubung perkara itu.

Malah menurut MalaysiaNow, sumber ketika diasak memilik untuk tidak mendedahkan butiran mengenai apa yang berlaku dalam perbincangan Kabinet berkenaan perkara itu.

Najib Umum tolak ‘hadiah’ rumah berkenaan

[Terkini] Najib menerusi satu sidang media mengumumkan menolak tawaran tersebut. Jelas beliau, keputusan itu diambil kerana tawaran tersebut telah dijadikan modal politik oleh parti-parti lain dalam untuk kempen PRN Melaka.

“Saya membuat keputusan utuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.

“Saya menyedari serta memahami rakyat ketika ini berdepan saat sukar ini, (justeru) keutamaan negara adalah kepada rakyat,” kata Najib.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago