6 Pelajar MRSM Terlibat Kes Buli Digantung Sekolah 2 Minggu

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan penularan sebuah klip video memperlihatkan seorang pelajar menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid kemudian memaklumkan empat pelajar yang dipercayai suspek utama kejadian tersebut sudah pun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada tengahari jumaat.

Terbaharu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan 6 pelajar yang terlibat dalam kes buli tersebut telah pun digantung serta merta selama dua minggu persekolahan.

Jawatankuasa Disiplin Maktab cadang agar mereka ditamatkan pengajian

Jelas beliau, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM turut mencadangkan agar kesemua mereka ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

“JDM MRSM telah memanggil seramai 10 pelajar yang terlibat dengan insiden tersebut.

“Dalam laporan yang disediakan, seramai enam pelajar terlibat memukul mangsa buli berkenaan manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi,” katanya.

Difahamkan kesemua mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga

Tambah beliau lagi, pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temu duga sebagai saringan, kualiti pendidikan, kokurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.

“Tetapi dalam banyak itu, ada lagi kes yang seperti ini. Saya amat kecewa sebagai menteri yang jaga MRSM.

“Tidak sepatutnya pelajar-pelajar ini terdedah dengan perbuatan seumpama itu (buli), jadi saya serahkan kepada pihak Mara untuk mengambil sebarang tindakan,” kata beliau lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

5 hours ago