Rakyat Malaysia Terkandas Di Lapangan Terbang Manila Akhirnya Dibenar Masuk Ke Filipina

Pagi tadi media ada melaporkan mengenai 15 pengembara dari Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila  selepas mereka dihalang masuk oleh Imigresen Filipina gara-gara kelayakan vaksin COVID-19 digital yang tidak diiktiraf di sana.

Insiden tersebut mencuri perhatian orang ramai apabila seorang penumpang yang tidak didedahkan namanya mendakwa pasport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa.

Bukan itu sahaja, mereka yang terdiri dari 13 rakyat Malaysia dan dua warga asing juga terpaksa bermalam dan menunggu di lapangan terbang disebabkan tiada kemudahan hotel yang disediakan untuk mereka.

Namun mereka mampu menarik nafas lega apabila kesulitan mereka diketahui Duta Malaysia di Manila yang turut secara peribadi bertemu dan membantu kesemua mereka dengan membuat rayuan kepada kerajaan Filipina.

Sudah berjaya diselesaikan

Terbaharu, Wisma Putra menerusi akaun Twitter mengesahkan kesemua mereka sudah pun diberikan akses untuk memasuki Filipina ekoran dari tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila menyelesaikan isu berkenaan.

Bukan 13 tapi hanya 7 orang

Namun angka sebenar pengembara yang bersatus rakyat Malaysia bukanlah 13 seperti yang dilapokan sebaliknya hanya 7.

“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila,” kata kenyataan tersebut.

Berita sama turut dikongsikan Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah menerusi satu ciapan di Twitter miliknya.

Baca artikel berkaitan :

Foto : The Star/ The Sun

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago